Cloudsteppers by Clarks, jenama yang sinonim dengan keselesaan ringan dan rekaan kasual moden, kini hadir di Malaysia melalui dua stor konsep di Pavilion Bukit Jalil dan Central i-City. Dihasilkan untuk pengguna muda yang sukakan gaya segar, bebas dan bertenaga, Cloudsteppers membawa pengalaman beli-belah yang terasa lembut, ringan dan selesa sejak langkah pertama masuk ke stor.
Stor Konsep di Pavilion Bukit Jalil dan Central i-City
Kedua-dua stor ini menampilkan suasana yang terang, tenang dan moden. Ruang dalaman yang minimalis membolehkan pelanggan benar-benar fokus pada produk dan merasai sendiri tekstur, bahan dan keselesaan setiap rekaan. Konsep stor ini diinspirasi oleh pergerakan bebas dan kelembutan, selaras dengan identiti Cloudsteppers.
Sebaik mencuba koleksi flip flop yang terkenal sebagai No.1 di Amerika Syarikat, perkara pertama yang saya perasan ialah rasa “melantun” pada tapak kaki. Cushion Soft™ memberikan rasa empuk yang berbeza daripada flip flop biasa yang selalunya keras dan cepat memenatkan. Tapaknya yang ringan membuatkan saya terasa seperti tidak memakai apa-apa, tetapi masih stabil.
Apabila beralih kepada Sport Sandals seperti Arla Stroll dan Mira Bay, perbezaannya lebih jelas. Walaupun kelihatan sporty, sandal ini langsung tidak berat. Tapak EVA yang ringan memberi pergerakan yang sangat natural, seolah-olah memandu kaki untuk melangkah dengan lebih lancar.
Namun pengalaman paling ketara datang daripada Sneakers dan Slip-Ons seperti Solevana yang menggabungkan gaya kasual moden dengan keselesaan yang begitu effortless.
Khususnya Solevana Jane, yang sebaik sahaja menyarungnya terasa seperti kusyen tebal menyambut tapak kaki dari setiap arah. PillowSoft™ footbed memberikan sokongan yang lembut namun kukuh, sementara bahagian atasnya yang breathable memastikan kaki kekal sejuk walaupun dipakai dalam tempoh yang lama.
Selain kasut, Cloudsteppers turut memperluas tawaran gaya hidup melalui koleksi apparel yang merangkumi T-shirt, hoodie dan stokin daripada fabrik lembut, ringan dan selesa, serta aksesori seperti topi dan beg dengan rekaan kasual moden yang sesuai untuk kegunaan harian.
Harga Cloudsteppers juga sangat berpatutan dengan apparel bermula RM99, footwear bermula RM199 dan beg bermula RM68, menjadikannya pilihan gaya hidup yang mudah diakses oleh semua.
Untuk mengikuti pelancaran koleksi baharu dan promosi eksklusif, ikuti Cloudsteppers di Instagram @cloudsteppersmy, sementara jenama ini turut bersiap sedia untuk membuka lebih banyak cawangan di sekitar Lembah Klang tidak lama lagi!
Baca: Gaya Ikonik dan Selesa Sepanjang Hari Bersama Clarks Torhill, Alternatif Kepada Sniker















