Apa yang kami suka tentang beg-beg di COACH ialah pilihan rekaan yang variasi dan ia bukan sekadar cantik dipandang semata, namun amatlah praktikal. Ini lima beg paling popular di COACH untuk anda.
LUDLOW MESSENGER BAG

Beg ini disuntik dengan gaya dan attitude komuniti lelaki New York yang sentiasa sibuk. Menggunakan material suede, rekaannya ringkas dan sangat praktikal. Saiznya sesuai untuk dijadikan beg harian khususnya ke pejabat, muat untuk menyimpan komputer riba.
MOTT MESSENGER BAG
Sleek and minimalist. Saya secara peribadinya gemar dengan rekaan beg ini kerana bagi saya ia sebuah beg yang sangat sofistikated. Beg ini datang dengan attitude, sesuai untuk lelaki yang mahu nampak cool dan effortlessly stylish. Rekaan dalamnya yang mempunyai snap pocket, menjadikan ia sangat praktikal. Ada bermacam warna, dan saya sukakan warna hitam.
MOTT MESSENGER BAG 33

Saiz yang ini lebih kecil dan slouchy. Beg harian yang versatil dan masih praktikal. Cukup untuk mengisi keperluan asas bila anda keliuar rumah, seperti untuk mengisi dompet, kunci kereta, telefon bimbit dan tambahan dua tiga lagi item. Silang saja di tubuh untuk gaya yang cool.
COMPASS BAG 25

Sama ada dijadikan beg ke pejabat atau digunakan sebagai bagasi percutian singkat hujung minggu, beg ini berfungsi sepenuhnya sebagai peneman mana-mana lelaki. Boleh dijinjit atau disilang pada tubuh, ikut mana yang selesa. Beg ini juga hadir dalam beberapa pilihan material, tapi untuk musim percutian ini, yang suede ini antara yang menjadi pilihan ramai.
LEAGUE FLAP BACKPACK

Bagi lelaki yang suka gaya yang lebih kasual dan sporty, beg galas ini jawapan kepada pencarian anda. Usah ditanya apa yang boleh diisi, bermacam-macam item. Beg ini semestinya tahan lasak dan dari stail pula sangat versatil. Tambahan pula ia hadir dalam pelbagai pilihan warna.


