Berakhir pada 4 Januari 2026, Coach membina tiga pop-up eksklusif meraikan ketibaan musim percutian hujung tahun, dimeriahkan dengan peluang untuk memenangi bingkisan eksklusif.
Kemeriahan musim percutian semakin bersemarak dengan pelbagai aktiviti dan juga binaan pop-up eksklusif. Coach, antara jenama yang aktif dengan idea kreatif untuk memeriahkan detik keraian hujung tahun ini.

Tiga destinasi menjadi pilihan Coach musim ini, iaitu di The Gardens Mall, The Exchange TRX dan Genting Highlands Premium Outlets. Dan setiap satu pop-up ini hadir dengan kejutan istimewa menanti setiap pengunjung.
Berinspirasikan fantasi hutan di musim dingin, pop-up jenama fesyen Amerika Syarikat ini menghidupkannya dengan binaan pohon pain lengkap dengan hiasan lampu, dan di puncak pohon itu diletakkan logo Coach sendiri. Siap sedia untuk merasai suasana fantasi Coach yang lengkap dengan bauan pohon pain, membuatkansuasana musim dingin bagaikan dihidupkan di bumi Malaysia yang sudah sedia humid.

REBUT BINGKISAN HUJUNG MINGGU
Menariknya, setiap hujung minggu, pengunjung pop-up ini boleh mendaftarkan diri untuk merebut peluang menerima bingkisan eksklusif dari Coach. Antara hadiah yang menanti anda ialah Holiday Puffy Stickers, kerta pembalut hadiah, poskad, baucar Coach Coffee Shop dan juga sebuah hadiah utama.
Lebih istimewa, pada minggu perayaan Hari Nata dan tahun baru, tawaran hadiah istimewa ini berlangsung selama lima hari iaitu 24 hingga 25 Disember dan 31 Disember 2025 hingga hari terakhir pop-up ini, iaitu pada 4 Januari 2026.
Ikuti akaun media sosial @coachseasia untuk kemas kini dan promosi terkini.


