Ramai antara kita terlupa untuk berhenti seketika selepas hari yang panjang, terlupa bahawa tubuh yang setia menemani setiap langkah ini juga layak diberi perhatian serta kasih sayang.
Kita selalu beri perhatian penuh pada penjagaan wajah, tanpa sedar kulit badanlah yang paling banyak bekerja setiap hari. Terkena matahari, terdedah pada penghawa dingin dan rutin harian yang kadang-kadang terlalu sibuk sampai kita lupa untuk berhenti sekejap.
Bodycare sering menjadi perkara terakhir dalam senarai, sedangkan ia sebenarnya asas paling penting dalam self-care. EH! senaraikan sebelas produk bodycare yang bukan sahaja berkesan, tetapi realistik untuk gaya hidup sebenar. Ada yang sesuai untuk kulit sensitif, ada yang praktikal untuk dibawa ke mana-mana, Ini bukan senarai produk yang sekadar cantik di rak semata, tetapi produk pilihan EH! yang benar-benar berbaloi untuk dicuba.
1. Pleuvoir Moisture Multi Balm (RM83)
Pleuvoir Moisture Multi Balm adalah penyelamat untuk hidrasi segera. Tanpa pewangi dan tidak melekit. Gabungan shea butter, minyak biji bunga matahari dan candelilla wax merawat bibir, kutikel dan kawasan kering. Produk ini mungkin kelihatan simple, tetapi percayalah, ia item must-have dalam beg anda.

2. Frank Body Rosehip Body Scrub + Cleanser (RM112)
Frank Body 2-in-1 ini mengubah rutin mandi harian menjadi pengalaman spa sendiri. Gula larut lembut dan rosehip oil mengeksfoliasi kulit dengan lembut, membantu menyerlahkan tona kulit lebih sekata dan halus. Diperkaya dengan vitamin E, goji berry, dan jojoba oil, kulit bukan sahaja terasa licin, tetapi juga tampak lebih cerah.

3. Ulu Soleil Niacinamide Sun Stick (RM118)
Perlindungan matahari kini lebih chic dan praktikal. Sun stick ini sesuai untuk touch-up sepanjang hari. Dengan SPF50++++ dan niacinamide, ia melindungi daripada UVA/UVB sambil menguatkan skin barrier dan mencerahkan kulit. Minimalis, clean dan mesra alam!

4. Grown Alchemist Restorative Body Cream (RM125)
Untuk pengalaman bodycare yang mewah dan aromaterapi, Grown Alchemist adalah pilihan tepat. Teksturnya menyerap pantas, meninggalkan kesan kulit lembut dengan aroma mandarin dan rosemary manakala shea butter, jojoba, dan rosehip bekerja untuk mengembalikan kelembapan dan keanjalan kulit secara optimum.

5. Rare Beauty Find Comfort Gentle Exfoliating Body Wash (RM128)
Rare Beauty membawa emosi ke dalam bilik mandi. Dengan tekstur jeli yang berubah menjadi buih, pencuci badan ini membersih sambil mengekalkan kelembapan semula jadi kulit. Konjac jelly memberikan eksfoliasi halus, manakala aroma cashmere dan jasmine pula mencipta rasa tenang yang menyelubungi tubuh dan minda. Ia bukan sekadar body wash ia adalah pelukan hangat selepas hari yang panjang.

6. Paula’s Choice Weightless Body Treatment 2% BHA (RM175)
Dengan 2% BHA, ia menanggalkan lapisan sel kulit mati, menghaluskan tekstur kasar dan bumpy, dari leher hingga kaki. Lembut, ringan, dan melembapkan, losen ini sesuai untuk kulit sensitif dan juga mereka yang mengalami keratosis pilaris. Hanya dari penggunaan pertama, kulit kasar dan kusam kelihatan berkurang, manakala penggunaan berterusan membantu mengekalkan kulit yang sentiasa licin.

7. Fenty Skin Butta Drop Hydrating Body Milk (RM165)

8. OUAI Body Crème Melrose Place (RM206)
OUAI membawa aura Los Angeles ke dalam rutin penjagaan badan. Body crème ini bertekstur whipped, menyerap pantas dan memberikan kelembapan tahan lama. Cupuacu butter, squalane dan coconut oil menyuburkan kulit, manakala aroma Melrose Place gabungan rose, lychee dan white musk meninggalkan kesan wangian yang halus dan memikat.

9. evereden Golden Belly Serum (RM259)
evereden Golden Belly Serum menawarkan penjagaan badan dengan sentuhan klinikal. Dirumus untuk mengekalkan keanjalan kulit semasa kehamilan dan selepas bersalin, serum ini menggabungkan centella asiatica, marula oil dan passionfruit seed oil untuk membantu mengurangkan penampilan stretch marks sambil mencerahkan kulit. Ringan, cepat menyerap, dan sesuai untuk kulit sensitif.

10. this Works Skin Deep Dry Leg Oil (RM260)
Gabungan tiga belas essential oils dan enam plant oils menjadikannya kaya tetapi ringan, meninggalkan kulit kering kembali lembut. Aroma tuberose, rose dan sandalwood mencipta pengalaman mewah yang menenangkan satu ritual malam yang wajib dicuba.

11. SOL DE JANEIRO Beija Flor™ Elasti-Body Oil (RM265)
Ringan, sensual dan penuh keanjalan. Beija Flor Body Oil membantu meningkatkan keanjalan kulit dengan cacay oil, alternatif semula jadi kepada retinol. Dengan squalane dan amaranthus extract, kulit kelihatan lebih licin, plump dan bercahaya. Aromanya Cheirosa 68 fruity floral yang ikonik menjadikan setiap sapuan satu pengalaman memanjakan deria.

Artikel Berkaitan: 5 Setting Spray Terbaik Pilihan EH! 2025
