Fesyen athleisure bertemu di gelanggang tenis? Shut up!
Setiap kali perlawanan tenis berlangsung, atlet Jepun, Naomi Osaka menjadi perhatian lensa utama, bukan sahaja kerana prestasi hebatnya di gelanggang, malah penggayaan fesyen athleisure yang sentiasa mind-blowing.
Setiap penampilannya seolah-olah sebuah ‘runway’ tersendiri di gelanggang tenis. Inilah 5 gaya athleisure ikonik Naomi Osaka yang paling diingati di gelanggang tenis
Its giving runway darling
Satu perkataan apabila melihat ini. ‘WOW!’ Di Terbuka Australia 2026, Naomi Osaka benar-benar melangkaui jangkaan dirinya. Untuk penampilan walk-in, Osaka memilih pereka Robert Wun dengan kolaborasi Nike, menyempurnakan inspirasi lukisan anak perempuannya, Shai.
Imej jellyfish kartunis Shai diolah menjadi elemen utama dalam siluet, racerback tie-dye berwarna turquoise dan hijau dengan draping flare melingkar di baju, dipadankan dengan aksesori payung putih menambah elemen dramatik seperti di runway!
More is more
Kali ini menampilkan corak pelbagai warna ungu dan fuchsia dengan sedikit percikan latar biru. Kasut tempahan khas dari Nike, butiran halus pada kasut menonjol corak api hitam pada bahagian atas, dan aksara Jepun yang memberi penghormatan kepada warisan Osaka, yang mewakili negara kelahirannya, Jepun.
Kasut itu dipadankan dengan set skirt bubble berbentuk gelembung serta helaian fabrik berkilau di bahagian pinggang dan dada.
Rose di rambut? Slay…
Untuk perlawanan US Open menentang pemain Belgium, Greet Minnen, Osaka tampil mengenakan set warna Red-Orange dihiasi dengan aksesori bertatah Swarovski, termasuk rose merah yang disanggul pada rambutnya.
Of course dari Nike juga, minidress tenis yang sarat dengan bahagian atas dihiasi panel bertabur kristal dan skirt berbentuk gelembung bubble. Bintang ini juga memakai fon kepala warna serasi yang turut bertatah kristal. A statement.
Barbie, pink & gelanggang tenis
Lagi sekali, Naomi mengangkat martabat kedaulatan negara dalam permainan fesyen athleisurenya. Set tanpa lengan hadir dalam nada merah jambu lembut dengan kontras rona yang lebih gelap, dipadankan dengan gelang tangan Nike merah jambu yang selari dengan set tersebut.
Osaka juga memakai visor Nike dalam rona merah jambu. Unik pada rambutnya, pemain tenis ini menghiasi rambut dengan aplikasi bunga merah jambu, sebagai sentuhan tambahan untuk menghormati warisannya dan menekankan tema sakura.
Serving the Coquette
Dalam set Nike rekaan khas oleh Yoon Ahn, gaya lapisan ruffle dihiasi coquette bow, penampilan Osaka diserikan dengan aksesori tambahan, termasuk fon kepala Beats yang dihiasi ruffle dan mutiara, serta coquette kecil pada stokin. So cute!
Just in time, Osaka mengikuti trend ‘coquette’ yang menggabungkan elemen manis, romantik dan kadang-kadang playful, dengan fokus pada ciri hyper-feminin. Love it!















