Jenama kecantikan ikonik dari Jepun, SHISEIDO, secara rasmi mengumumkan pelantikan ikon pop global Lalisa Manobal atau lebih dikenali sebagai LISA, sebagai Global Ambassador terbaharu bagi serum ikonik mereka, ULTIMUNE Power Infusing Concentrate.

Pengumuman ini membuka lembaran baharu buat SHISEIDO apabila LISA bakal muncul buat pertama kali dalam kempen global ULTIMUNE, serum ikonik yang bukan sekadar popular, malah telah merangkul lebih 331 anugerah kecantikan di seluruh dunia sejak pelancarannya pada tahun 2014
Sebagai seorang penyanyi, pelakon dan penari bertaraf antarabangsa, LISA dikenali dengan aura pentas yang luar biasa, disiplin yang tinggi serta keaslian dalam setiap karya. Dorongan berterusannya untuk berkembang dan sentiasa mencabar diri sendiri selari dengan nilai teras SHISEIDO
Dikenali dengan kulit yang sihat, anjal dan berseri, LISA menjadi refleksi sempurna kepada falsafah ULTIMUNE yang menguatkan kulit dari dalam. Dalam kenyataan peribadinya, LISA berkongsi rasa teruja dan bermakna terhadap kolaborasi ini.
“Saya memang peminat SHISEIDO sejak dulu dan sangat berbesar hati apanila dilantik sebagai global ambassador. Bagi saya, kecantikan adalah tentang keyakinan dan menjadi versi terbaik diri sendiri. Saya sukakan pendekatan ULTIMUNE yang menumpukan kepada menguatkan kulit dan menyokongnya dalam jangka masa panjang. Ia memang produk go-to saya dan saya teruja untuk berkongsi keberkesanan dengan dunia dengan cara saya sendiri.” – Lalisa Manobal
Diasaskan pada tahun 1872 di Ginza, Tokyo, SHISEIDO telah lama dikenali sebagai jenama yang menggabungkan warisan Jepun dengan inovasi moden. ULTIMUNE pula dianggap sebagai nadi jenama tersebut, serum ikonik yang terus berevolusi seiring kemajuan teknologi penjagaan kulit. Menurut Kentaro Fujiwara, Presiden dan CEO SHISEIDO:
“ULTIMUNE mewarisi DNA SHISEIDO. Dengan akar Asia dan kejayaan globalnya hari ini, LISA melambangkan jenama kami serta esen sebenar ULTIMUNE.”
Sementara itu, Echo Lo, Global Brand President SHISEIDO, menambah:
“Kulit LISA yang anjal dan berseri memancarkan kecantikan yang melangkaui batas datang dari dalam dirinya. Dia sentiasa mentakrifkan semula keunikan diri sebagai artis Asia di pentas dunia. Inilah semangat ULTIMUNE.”
Kempen Global “FAST. SLOW. FREE.”
Kempen “FAST. SLOW. FREE.” akan dilancarkan pada Februari 2026 menerusi akaun Instagram dan TikTok global SHISEIDO. Ia merangkumi tiga filem bersiri, memperlihatkan sisi peribadi LISA, daripada rutin penjagaan kulit, perjalanan kerjayanya, hinggalah mesej istimewa buat peminat. Lebih menarik, kandungan eksklusif akan dilancarkan secara berperingkat sepanjang kempen, menjadikan ULTIMUNE bukan sekadar serum, tetapi simbol kekuatan dalaman dan kebebasan mengekspresikan diri.
Artikel Berkaitan: 7 Trend Kuku Valentine Yang Romantik & Paling Chic


