Dalam dunia kecantikan hari ini, rutin penjagaan badan tidak lagi sekadar ‘cukup-cukup’. Body care kini menjadi lanjutan kepada self-care yang merupakan satu ritual kecil yang memberi kesan besar kepada keselesaan, keyakinan dan juga mood seharian.
Bagi Gen Z, menjaga tubuh bukan lagi soal cantik semata-mata, tetapi satu bentuk me-time. Menyapu body balm selepas mandi, sebelum tidur atau di antara kesibukan harian kini terasa seperti satu perbuatan kecil yang penuh makna.
Daripada formula anti-penuaan sehinggalah balm multifunctional yang boleh disapu bila-bila masa, ini adalah lima body balm pilihan EH! yang menjadikan setiap sapuan satu pengalaman yang terasa mewah, praktikal dan sangat ‘EH! approved’.
Intai Lima Balm Pilihan EH! Untuk Kulit Lembut & Wangi Sepanjang Hari!
1. Immortelle Shea Pro-Youth Body Balm

2. Ulu Soleil Shea Butter Body Balm
Bukan body balm biasa, tetapi skin nutrition in a tube. Dengan lebih 90% shea butter tulen, ditambah hyaluronic acid dan vitamin E, balm ini benar-benar menyelamatkan kulit kering, kusam dan flaky. Teksturnya melting di kulit, meninggalkan hasil yang lembut, berkilau dan sangat memuaskan.

3. PLEUVOIR Moisture Multi Balm
Ringkas, praktikal dan sangat on-the-go friendly. Balm bebas pewangi ini sesuai untuk bibir, kutikel, siku, tumit atau mana-mana bahagian kulit yang tiba-tiba rasa kering. Teksturnya ringan, tidak berminyak dan membentuk lapisan nipis yang mengunci kelembapan tanpa rasa berat.

3. Chuck’s Better Body Butter Stick
Direka dalam bentuk stick dan mudah digunakan, body butter ini sesuai untuk kulit yang sangat kering atau mudah iritasi. Diperkaya dengan minyak berkhasiat dan peptide, ia memberikan kelegaan segera pada kawasan kulit yang bermasalah tanpa perlu menyapu dengan tangan.

5. The Body Shop Almond Milk Body Butter
Pilihan klasik yang tak pernah mengecewakan, terutamanya untuk kulit sensitif. Diformulasikan dengan 95% bahan semula jadi termasuk almond milk, shea butter dan sesame seed oil, body butter ini memberikan kelembapan sehingga 96 jam. Teksturnya berkrim, tidak melekit dan meninggalkan glow yang sihat.

Artikel Berkaitan: Rutin Cantik Datin Intan Najuwa & Harga Produk Yang Digunakan
