Bukan sekadar beg ikonik, Longchamp turut memperkenalkan pelbagai koleksi kasut Spring 2026 yang bergaya, wajib anda dimiliki!
Wanita Paris memang terkenal dengan gaya yang nampak effortless. Jalan laju, jadual padat, tapi tetap kelihatan kemas dan chic. Koleksi Longchamp Spring 2026 menangkap vibe itu dengan sempurna, kasut yang bukan sekadar cantik, tapi selesa dan ikut rentak hidup seharian.
Dari ankle boots ke sneakers, semuanya terasa praktikal tapi masih ada sentuhan elegan.
Ankle Boots
La Patineuse diinspirasikan daripada kasut ice skating, dengan tumit emas halus yang terus tarik perhatian. Rekaan hujung petak dan tali berjalin beri rasa retro moden. Dipakai dengan dress atau seluar longgar, kedua-duanya tetap nampak on point.
Sneakers
Kalau hari penuh dengan aktiviti, On The Go sneakers memang pilihan tepat. Ringan, selesa, dan mudah dipadankan dengan apa saja. Warna-warnanya segar seperti pistachio dan coral, sesuai untuk yang suka gaya ringkas tapi tak membosankan. Kasut ni memang sesuai dipakai dari pagi sampai malam.
Loafers
Au Sultan loafers sesuai untuk yang sukakan gaya minimal tapi kemas. Detail hijau ikonik Longchamp di bahagian tumit beri sentuhan unik tanpa berlebihan. Paling best, tumitnya boleh dilipat dan jadi mule, praktikal dan effortless.
Ballet Flats
Ballet flats kembali menjadi trend, dan Le Foulonné hadir dengan gaya yang lebih matang. Double strap dengan buckle ikonik menjadikan rekaan ini manis tapi tak terlalu feminin. Ringan dan selesa, sesuai untuk dipakai ke mana saja.
Baca: Cocooning on Ice, Longchamp Menghidupkan Musim Bunga 2026 Menerusi Gerakan








