Tahun ini, Latest Recipe di Le Méridien Putrajaya mempersembahkan satu pengalaman iftar yang bukan sahaja memanjakan lidah, tetapi juga membawa pengunjung mengembara ke pelbagai sudut citarasa dunia semuanya dirangka dalam satu bufet yang penuh warna, rasa dan kreativiti, menjadikan sesi berbuka bukan hanya tentang menikmati makanan, tetapi tentang menyelami perjalanan rasa yang penuh makna.

Ramadan adalah musim berkumpul, meraikan dan menikmati makanan yang bukan sahaja memuaskan selera tetapi juga merangkum tradisi serta keakraban bersama insan-insan tersayang. Restoran Latest Recipe telah lama dikenali di kalangan foodies sebagai destinasi yang sentiasa membawa sesuatu yang segar dan inovatif. Menjelang Ramadan, mereka menaikkan lagi standard apabila memperkenalkan bufet berbuka puasa yang bukan sekadar pilihan makanan lazat, tetapi pengalaman kulinari yang lengkap dari juadah tempatan yang dekat di hati hingga ke hidangan antarabangsa yang moden dan kreatif.
Di bawah tema Destinasi Rasa, pengalaman berbuka di sini bukan sekadar tentang mengisi perut, tetapi meraikan semangat kepelbagaian tersebut dalam setiap suapan. Tetamu bukan sahaja disajikan hidangan yang memikat dari segi rasa, malah persembahannya juga menarik dan sesuai untuk dikongsi di media sosial. Dalam masa yang sama, resipi-resipi tradisi tetap dikekalkan jiwanya, cuma dipersembahkan dengan sentuhan kontemporari yang lebih segar.
Mengangkat konsep “World Flavours, Local Heart”, bufet ini memberi penghormatan kepada warisan masakan tempatan sambil menyuntik elemen global yang mengujakan. Sama ada anda penggemar rendang klasik, peminat sushi segar atau pencinta pasta berkrim, pengalaman Ramadan di sini menjanjikan sesuatu untuk setiap selera.
Citarasa Tradisional
Salah satu tarikan utama bufet Ramadan di Latest Recipe ialah pilihan juadah tempatan yang disediakan dengan penuh ketelitian dan rasa hormat terhadap warisan kulinari Malaysia. Negara kita yang berbilang kaum Melayu, Cina dan India secara semula jadi melahirkan kepelbagaian masakan yang kaya dengan rempah, teknik dan tradisi tersendiri.
Antara yang paling mendapat pujian ialah Rendang Daging yang dimasak perlahan sehingga teksturnya lembut dan empuk, dengan rempah ratus yang meresap hingga ke serat. Setiap suapan menghadirkan aroma santan dan campuran rempah yang seimbang, menjadikannya antara menu wajib cuba sepanjang Ramadan ini. Asam Pedas Ikan Pari pula tampil dengan rasa masam pedas yang menyegarkan dan cukup tajam untuk membangkitkan selera selepas seharian berpuasa.
Tidak ketinggalan, Siakap 3 Rasa dan Ayam Percik Berempah yang sentiasa menjadi kegemaran ramai kerana gabungan rasa manis, pedas dan berempah yang harmoni. Bufet ini turut mengetengahkan beberapa hidangan signature yang membangkitkan nostalgia seperti Nasi Ayam Hainan, Kambing Kurma serta Sambal Sotong.
Citarasa Antarabangsa
Selain hidangan tempatan yang membangkitkan nostalgia, Latest Recipe turut membawa tetamu menjelajah rasa merentasi sempadan dengan pilihan antarabangsa yang tidak kurang memikat. Setiap stesen dirancang untuk memberikan pengalaman, membolehkan tetamu menikmati sajian yang disediakan segar di hadapan mata. Di Sushi dan Sashimi Station, pilihan makanan laut segar dipotong dan disusun dengan penuh ketelitian sebelum dihidangkan terus kepada tetamu. Tekstur sashimi yang lembut dan manis semula jadi digabungkan dengan nasi sushi yang seimbang, menjadikan setiap suapan terasa premium dan memuaskan.

Beralih ke Station Pasta, tetamu berpeluang memilih sendiri jenis pasta, sos dan topping mengikut cita rasa peribadi. Sama ada menggemari sos berkrim, sos tomato atau sentuhan bawang putih bersama minyak zaitun, setiap hidangan disediakan panas-panas mengikut permintaan. Di Live Grill Corner, aroma daging panggang dan ayam yang dibakar segar segera menggamit selera. Setiap potongan daging menampilkan tekstur yang juicy di bahagian dalam dengan lapisan luar yang sedikit rangup hasil pembakaran sempurna. Bunyi desiran di atas pemanggang serta bau smokey yang menyelerakan menambah lagi pengalaman sensori ketika berbuka.
Aneka Manisan Menggoda
Tiada pengalaman berbuka yang lengkap tanpa sentuhan manisan, di Latest Recipe, menampilkan lebih 20 variasi kuih tradisional Melayu dan Nyonya. Setiap satu diraikan bukan sahaja dari segi rasa, tetapi juga warna dan kehalusan pembuatannya. Daripada kuih lapis yang berlapis kemas, seri muka yang lembut berlemak, hingga onde-onde yang pecah manis di dalam mulut, setiap pilihan membangkitkan nostalgia dan rasa suasana kampung halaman.
Tidak terhenti di situ, dessert corner turut menawarkan pilihan pencuci mulut yang tidak kurang menggoda. Puding Roti Gula Hangus yang lembut dan beraroma karamel menjadi antara kegemaran ramai, manakala Cheesecake Campuran Buah-buahan memberikan keseimbangan rasa manis dan segar. Bagi yang mencari sesuatu yang menyegarkan selepas hidangan berat, ABC dan Ais Krim menjadi pilihan sempurna untuk menutup malam dengan sentuhan manis yang memuaskan.
Pilihan Minuman Lengkap
Melengkapkan pengalaman berbuka di Latest Recipe ialah rangkaian minuman yang dirangka untuk menyegarkan dan menenangkan selepas seharian berpuasa. Selain hidangan yang kaya rasa dan berempah, tetamu boleh menikmati infused water pelbagai rasa yang ringan dan menyegarkan, sesuai untuk memulakan iftar dengan lebih seimbang. Bagi pencinta minuman tradisional, Teh Tarik Premium menjadi pilihan ramai, teksturnya yang berkrim dan rasa tehnya cukup melengkapkan hidangan tempatan seperti rendang dan nasi ayam. Tidak ketinggalan, pilihan mocktail eksklusif Ramadan yang berwarna-warni, menjadikan pengalaman berbuka terasa lebih istimewa.

Maklumat Tempahan & Harga Bufet
Bagi yang ingin merancang sesi berbuka lebih awal, Latest Recipe di Le Méridien Putrajaya menawarkan beberapa pilihan harga yang menarik. Tempahan awal sebelum 19 Februari 2026 ditawarkan pada harga MYR 178 nett untuk dewasa dan MYR 89 nett untuk kanak-kanak. Bagi tempoh harga biasa bermula 19 Februari hingga 20 Mac 2026, bufet ini berharga MYR 218 nett untuk dewasa dan MYR 109 nett untuk kanak-kanak. Menariknya, terdapat Promosi Istimewa Ramadan untuk enam hari pertama sahaja dengan harga MYR 168 nett bagi dewasa dan MYR 84 nett untuk kanak-kanak. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, anda disarankan membuat tempahan terlebih dahulu dengan menghubungi +603 8689 6888 atau +6012 725 5101, WhatsApp di +6012 725 5101 atau +6012 407 3101, atau emel ke dining.lmputrajaya@lemeridien.com
Artikel Berkaitan:





