Dear gentle reader, rupanya pelakon watak Lord Barnaby dalam siri drama popular Netflix, Bridgerton, Zheng Xi Yong merupakan rakyat Malaysia!
Musim keempat Bridgerton kini mempunyai satu lagi fakta menarik dan sebab untuk teruja kerana kehadiran wakil Malaysia, Zheng Xi Yong membuatkan para gadis cair.
Tetapi, siapakah jejaka ini dan bagaimana beliau menembusi pasaran siri antarabangsa?
Dari Kuala Lumpur ke layar Netflix, ini fakta menarik tentang Zheng Xi Yong:
1. Asal Malaysia
Dilahirkan pada 15 Disember 1994 di Miri, Sarawak.

2. Graduan Sri KDU Schools, Kota Damansara
Zheng Xi Yong menamatkan pengajian di Sri KDU Schools, Kota Damansara pada tahun 2011, dan mula menapak sebagai pelakon profesional tidak lama selepas itu. Semasa zaman sekolah, beliau sudah menunjukkan bakat seni pentas melalui kredit teater seperti SPRING Awakening dan Miss Saigon, serta pengalaman layar melalui screen credits termasuk drama Doctor (BBC).

3. Filem
Beliau memulakan kerjaya lakonan secara rasmi pada 2021 melalui siri TV Doctors, dan sejak itu melebarkan sayapnya ke layar antarabangsa. Walaupun baru 5 tahun dalam industri lakonan, Zheng Xi Yong telah dikenali melalui karya antarabangsa seperti Barbie (2023), Bridget Jones: Mad About the Boy (2025), dan Sandokan (2025).

4. Bekerja sendiri
Kini, beliau turut bergerak sebagai freelancer singing and acting tutor, bekerja sendiri (self-employed), berkongsi pengalaman dan kemahiran lakonan serta nyanyian dengan generasi pelakon muda yang bercita-cita tinggi.

5. Bakat lain
Selain lakonan, Zheng Xi Yong juga berbakat dalam tarian, nyanyian, dan bermain piano dan sering berkongsi bakatnya ini di laman Instagram, seorang artis serba boleh yang aktif mengekspresikan kreativiti.
Baca: Siapa Yerin Ha? Kenali Pelakon Watak Sophie Baek Dalam Bridgerton
