Raya 2026 juga tidak lengkap tanpa kemunculan iklan-iklan istimewa yang hanya hadir setahun sekali. Bukan sekadar menyentuh emosi, malah ada juga yang mencuit hati, dengan pelbagai idea kreatif daripada jenama-jenama besar dan terkenal.
Ini 9 iklan Raya pilihan EH! yang wajib ditonton tahun ini:
Biskut Julie’s, Kenangan Tu Ke Mana?

Terpaku seketika melihat iklan ini yang tampil dengan sentuhan futuristik, digabungkan bersama elemen nostalgia era 90-an sebagai pembuka mata. Dibintangi pelakon veteran, Azizah Mahzan dan Iedil Dzuhrie Alaudin, iklan ini menyampaikan kisah kehilangan memori dengan cara yang cukup kreatif.
storan telefon yang semakin penuh, sehingga kenangan lama terpaksa ‘dipadam’ satu persatu. Pendekatan ini bukan sahaja unik, tetapi juga cukup menyentuh hati, mengingatkan kita betapa berharganya setiap memori yang pernah kita simpan.

Diinspirasikan daripada kisah benar, RHB tampil dengan iklan Raya yang cukup menyentuh hati. Ruang Harapan mengisahkan seorang cikgu yang berusaha gigih mendidik kanak-kanak yang tidak diterima masuk ke sekolah, namun usahanya berdepan cabaran apabila tempat tersebut diceroboh. Dalam mempertahankan ruang itu, mesej yang dibawa jelas bahawa sikap menerima dan memberi peluang mampu membuka jalan kepada kemajuan.
D’Herbs Terlajak Laris, Ya, Abah Saya Security

Ramai setuju iklan yang satu ini sangat sedih sampai memerlukan tisu di sebelah sebagai peneman. Berlatar-belakangkan suara Dato’ Aliff Syukri sendiri, iklan ini diinspirasikan daripada pengalaman hidup Dato’ Aliff Syukri bersama arwah ayahnya di mana dia pernah berasa malu dengan pekerjaan bapanya, sebelum akhirnya menyedari nilai sebenar pengorbanan itu setelah pemergian insan tersayang.

Dibintangi pelakon ternama Adlin Aman Ramlie, Faizal Hussein dan Bell Ngasri, Bila Bersama Lagi Jadi mengisahkan bagaimana tamak boleh membawa padah, sambil mengingatkan kita tentang pentingnya memaafkan antara satu sama lain.

Alif Satar menjadi pelakon utama dalam iklan MR.DIY kali ini, yang bukan sekadar tentang menyambut Raya bersama keluarga di tanah air, tetapi tentang menerima setiap keadaan dengan redha walaupun beraya di tempat asing. Menggabungkan elemen Malaysia dan Indonesia, iklan ini memaparkan pengalaman unik sambutan Raya yang merentasi sempadan, sambil menekankan nilai penerimaan dan keikhlasan.

Spritzer telah kembali dengan iklan raya yang betul-betul next level! Dengan tema musikal raya memang senang untuk menarik perhatian orang ramai. Raya-raya juga tetapi Spritzer tidak melepaskan peluang untuk mempromosikan produknya juga. Lirik yang penuh dengan pantun tak masuk akal hinggalah lakonan pelakon-pelakon yang hebat, kali ini sangat menarik dan gempak.
Malaysia Airlines, The Crossroads

Malaysia Airlines, The Crossroads menonjolkan semangat ‘Satu Malaysia’ apabila Uncle Steven, seorang Cina, sudi menolong Faiz, seorang Melayu, membaiki motor yang rosak di tengah hujan lebat sebelum berbuka. Bantuan tanpa mengharapkan bayaran itu disambut dengan pemberian kuih Raya, mengangkat mesej keikhlasan, tolong-menolong, dan perpaduan antara kaum.

Shy8 atau dikenali lagi sebagai Usop Wilcha, terkenal dengan lakonan komedinya, tak kalah juga di dalam iklan Etiqa untuk Raya 2026 ini. Dongeng Pak Delulu , al kisahkan Pakcik Mirul yang kaki kelentong, tetapi jangan sangka mudah, ada plot twist yang buat hati tersentuh! Kombinasi komedi dan emosi menjadikan iklan ini kelakar tetapi juga menyentuh perasaan.
Takaful Ikhlas, Raya Paling Ikhlas

Iklan Raya Paling Ikhlas bukan seperti iklan Raya biasa. Ia memaparkan dua sudut pandang, ibu dan anak dari keluarga berbeza. Ibu meluahkan perasaan sebenar tentang anaknya, manakala si anak akhirnya tersedar dan membuat keputusan untuk menziarahi ibunya. Kisah ini menyentuh hati dengan keikhlasan dan emosi yang tulus.
Baca: Satu Sentuhan, Secawan Nespresso, Pengerat Silaturahim Lebaran Ini
