Menjelangnya Hari Ibu tidak lama lagi, pemberian hadiah adalah salah satu penghargaan yang bermakna bagi seorang ibu. Apa salahnya hadiahkan barangan yang pasti akan mengingatkan dia kepada anda? EH! bariskan pilihan untuk ibu kesayangan anda!
Setiap ibu di dunia ini berhak merasa dihargai dan disayangi, apatah lagi apabila menerima pemberian ikhlas daripada anak kesayangan. Momen menyambut Hari Ibu menjadi lebih bermakna apabila diiringi dengan kejutan manis yang mencerminkan kasih dan penghargaan yang tidak berbelah bahagi.
Apa kata tahun ini, anda luahkan rasa cinta dan terima kasih kepada ibu tercinta dengan menghadiahkan barangan istimewa? Bukan sekadar hadiah, malah sebagai simbol bahawa dia tetap menjadi wanita paling anggun dan menawan di mata anda, tidak kira usia. EH! senaraikan pilihan terbaik.
Pandora – I Love You Mom Dangle Charm
Bagi ibu yang sukakan aksesori gelang tangan, apa kata hadiahkan charm Pandora sempena Hari Ibu? Pada saya, charm berbentuk hati dengan tulisan “I love you mum” ini memang pilihan yang sempurna, ringkas, bermakna dan sangat cantik.
Kalau ibu anda belum pernah memiliki gelang Pandora, apa salahnya hadiahkan sekali satu set lengkap? Setiap charm bukan sekadar aksesori, tetapi membawa cerita, kenangan, dan momen istimewa yang boleh dikenang selamanya.
Harga: RM299
Coach – Taxi Tote Bag In Signature Canvas
Coach Taxi Tote ini diinspirasikan daripada tenaga pantas New York, direka untuk gaya hidup yang sentiasa bergerak. Tote ini luas, ringan dan praktikal, cukup untuk muat laptop 16” serta keperluan harian.
Bagi saya, you can never go wrong with this Coach bag especially untuk ibu, sebab ia memang sesuai dengan gaya hidup harian yang perlukan beg yang praktikal, luas dan tetap nampak elegan.
Harga: RM1,650
Louis Vuitton Jane Notebook MM
Louis Vuitton Jane notebook ini memang cantik untuk melengkapkan meja kerja, lagi-lagi dengan rekaan tone-on-tone monogram dalam palet warna musim panas yang segar dan manis.
Bagi saya, kalau ibu suka jurnal atau suka menulis, notebook ini memang sesuai sangat, nampak classy, kemas dan boleh buat mood menulis jadi lebih seronok setiap hari.
Harga: RM550
Lululemon 3-in-1 Gym Duffle Bag 30L
Bagi ibu yang aktif, beg duffle ini memang a must-have! Ia sangat praktikal, selesa dan serbaguna, sesuai untuk ibu yang suka bersenam atau sentiasa bergerak setiap hari.
Beg ini direka dengan ruang penyimpanan yang luas untuk keperluan harian dan senaman, serta tali berkusyen yang selesa untuk kegunaan harian atau perjalanan. Tali bahu yang boleh ditanggalkan juga sangat praktikal, boleh digunakan untuk membawa yoga mat atau sebagai stretching strap.
Harga: RM748
Dior hadir dengan set eksklusif Miss Dior Eau de Parfum bersama body milk edisi terhad yang sangat memukau, dihiasi rekaan rama-rama dengan gradasi warna lembut dan sentuhan emas yang elegan. Haruman Miss Dior pula ibarat sejambak bunga yang menggabungkan ros, peony, iris dan lily-of-the-valley, menghasilkan bauan yang lembut, feminin dan memikat.
Bagi saya, set ini sesuai untuk ibu kerana wangian yang elegan ini melambangkan kasih sayang dan keanggunan seorang ibu, menjadikannya hadiah yang penuh makna dan istimewa.
Harga: RM670
Swarovski x Ariana Grande Stud Earrings
Anting-anting stud ini direka dengan sentuhan kemewahan yang halus dan minimalis. Disadur dengan rhodium, ia membentuk rekaan bunga lembut dengan kristal di tengah dan kelopak berkilau pavé yang sangat elegan.
Bagi saya, ini sesuai untuk ibu kerana rekaannya lembut, tidak terlalu berlebihan, tetapi tetap nampak eksklusif dan elegan. Ia mudah dipakai setiap hari atau untuk acara istimewa, menjadikannya hadiah yang praktikal tetapi tetap penuh makna untuk Hari Ibu.
Harga: RM599
Longchamp Le Roseau L Tote Bag
Longchamp Le Roseau tote ini kolaborasi bersama artisan Madagascar, dianyam tangan daripada raffia dengan sentuhan kulit yang kemas dan elegan. Bamboo clasp dia pula bagi vibe natural yang unik dan classy.
Beg ini memang sesuai untuk ibu sebab nampak effortless tapi tetap mewah, praktikal, stylish dan senang match dengan apa saja outfit.
Harga: RM3,665














