Daripada personality test yang fun hinggalah kuiz yang boleh bongkar sisi tersembunyi diri anda, ini senarai test menarik yang patut dicuba selain MBTI.
Obsesi terhadap personality test nampaknya masih belum reda, lebih-lebih lagi di kalangan Gen Z yang gemar explore diri sendiri dengan lebih mendalam. Ada yang accurate, ada yang chaotic, tapi semuanya tetap seronok untuk dibuat bersama kawan atau ketika midnight overthinking session.
Enneagram

Berbeza dengan MBTI yang lebih fokus pada cara seseorang berfikir dan berinteraksi, Enneagram menyelami sisi emosi, motivasi dan ketakutan dalaman seseorang. Test ini membahagikan personaliti kepada sembilan jenis berbeza dan setiap satunya hadir dengan kekuatan serta struggle tersendiri.
Ramai menganggap Enneagram terasa lebih personal dan relatable. Ada juga yang rasa “terbaca” selepas melihat result sendiri kerana penerangannya agak mendalam dan emotional. Sesuai untuk anda yang suka self-reflection atau mahu memahami diri dengan lebih detail.
Empat Warna Personaliti

Kalau anda mahukan personality test yang lebih santai dan mudah difahami, Empat Warna Personaliti mungkin sesuai untuk dicuba. Test ini membahagikan personaliti kepada empat warna utama, merah, biru, hijau dan kuning, di mana setiap warna mewakili karakter dan cara komunikasi berbeza.
Walaupun nampak ringkas, ramai suka test ini sebab penerangannya mudah relate dengan situasi harian, terutamanya dalam persahabatan dan suasana kerja. Tambah pula, hasilnya sering mencetuskan perbincangan seronok bila dibuat bersama kawan.
Dark Triad

Untuk anda yang suka personality test yang sedikit lebih intense dan mysterious, Dark Triad mungkin antara yang paling menarik untuk dicuba. Test ini mengukur tiga ciri personaliti utama iaitu narcissism, Machiavellianism dan psychopathy, bunyinya agak dark, tetapi sebenarnya lebih kepada memahami kecenderungan sikap seseorang.
Walaupun ramai mengambilnya sekadar untuk fun, hasil test ini sering buat orang terkejut dengan jawapan sendiri. Ada yang terus overthink, ada juga yang mula persoalkan kenapa result mereka “too accurate”.
“Who Am I” Visual DNA

Berbeza daripada personality test biasa yang dipenuhi soalan panjang, “Who Am I” Visual DNA menggunakan gambar dan visual choices untuk membaca personaliti anda. Anda hanya perlu memilih imej yang paling menarik perhatian dan daripada situ, test ini akan menilai cara berfikir, emosi serta lifestyle anda.
Konsepnya yang lebih visual membuatkan test ini terasa lebih seronok dan kurang serius, tetapi hasilnya tetap boleh jadi surprisingly accurate. Sebab itu ramai suka berkongsi keputusan mereka di media sosial dan membandingkan result dengan kawan-kawan.
The Archetypes

Diinspirasikan daripada teori Carl Jung, The Archetypes menentukan karakter utama yang paling menggambarkan diri anda. Daripada The Creator hingga The Rebel, setiap archetype hadir dengan personaliti, cara berfikir dan tenaga yang berbeza.
Test ini terasa lebih menarik kerana seolah-olah meletakkan anda sebagai “watak” dalam sesebuah cerita. Tidak hairanlah ramai yang suka mengambilnya untuk memahami diri sendiri dengan cara yang lebih kreatif dan cinematic.
