Kenali pasangan yang semakin menjadi perhatian ramai di media sosial, Sam Lim dan Parisa Ardina, dua pempengaruh TikTok yang bukan sahaja viral kerana konten mereka, tetapi juga kerana kisah cinta serta latar belakang keduanya.

Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada 14 April 2026 dalam sebuah majlis tertutup di masjid yang hanya dihadiri keluarga serta sahabat terdekat, menjadikan detik bahagia mereka lebih eksklusif dan penuh privasi.
Kenali Sam Lim, jejaka yang berjaya memikat hati Parisa Ardina:

Usahawan
Di sebalik personaliti media sosialnya, Sam Lim juga merupakan seorang usahawan. Beliau mengusahakan Kedai Motor Sam Lim (Indera Motors Sdn Bhd) yang beroperasi di Petaling Jaya, yang sebelum ini dikenali sebagai Sky Motors HQ. Menariknya, nama βKedai Motor Sam Limβ ini sendiri adalah idea daripada isterinya, Parisa Ardina.
Bibit cinta dari dunia TikTok
Kisah cinta mereka bermula secara tidak disangka apabila Parisa mendedahkan bahawa Sam Lim pernah menghantar DM di TikTok untuk tujuan kolaborasi projek. Dari situ, hubungan profesional itu berkembang menjadi perkenalan yang lebih dekat, sehingga mereka mula mengenali hati budi masing-masing dan akhirnya membawa kepada hubungan yang lebih serius.

Nama Islam selepas memeluk agama
Selepas sah memeluk Islam dan berkahwin, Sam Lim kini dikenali dengan nama Islam Muhammad Zavian Lim Bin Abdullah, satu langkah besar dalam fasa baharu kehidupannya bersama Parisa Ardina.
Populariti di TikTok
Sam Lim mula mencuri perhatian warganet sejak 2024 melalui konten TikTok yang unik termasuk video βrandom interviewβ sambil memberi hadiah dengan tagline ikonik βSULTAN CINA TAK KOSONGβ. Selain itu, beliau juga dikenali kerana kefasihan berbahasa Melayu yang membuatkan content-nya mudah diterima oleh pelbagai lapisan penonton.

Perjalanan kerjaya & jatuh bangun bisnes
Kerjaya Sam bermula selepas menamatkan pengajian Diploma Reka Bentuk Dalaman di One Academy. Beliau pernah membuat keputusan untuk menamatkan pelatih industri lebih awal kerana merasakan masa kerja dan gaji tidak sepadan.
Sepanjang perjalanan bisnesnya, Sam telah mencuba pelbagai bidang termasuk:
- Skema book voucher universiti (meraih keuntungan ratusan ribu pada usia 22 tahun)
- Firma reka bentuk dalaman
- Pinjaman wang legal di Cambodia
- Restoran vegetarian
- Syarikat live-selling TikTok (mengalami kerugian sekitar RM40,000βRM50,000 dalam tempoh 8 bulan)
Dengan semangat mencuba yang tinggi, Sam sering menukar bidang bisnes setiap 1β2 tahun, menjadikannya seorang usahawan yang banyak belajar daripada kegagalan dan pengalaman.

Latar belakang Parisa & populariti pasangan
Parisa Ardina pula merupakan pempengaruh dengan sekitar 267K pengikut, manakala Sam Lim memiliki sekitar 4.2 juta pengikut di TikTok. Parisa berdarah campuran Melayu serta Azerbaijan-Iran, manakala Sam Lim berketurunan Cina, menjadikan pasangan ini antara contoh βcross-culture coupleβ yang sering mencuri perhatian netizen.
Baca: Tip Solekan Parisa Ardina & Senarai Produk Yang Digunakan
