Handal dalam hubungan cinta tidak menjamin anda handal sewaktu ‘bersama’. Tidak guna jika berpenampilan menarik atau memiliki wajah yang cantik tetapi tidak berupaya memberi kepuasan kepada suami anda. EH! memberikan 5 tips yang anda patut tahu tentang hubungan intim!
Menghias Diri
Anda tidak seharusnya mengabaikan penampilan diri dengan tampil ala kadar di depan suami. Apa kata hias diri anda dengan pakaian tidur yang seksi bersama bau-bauan yang menggoda. Ini pasti bakal membuat suami anda lebih teruja!
Bilik Tidur
Bilik tidur yang kemas dan bersih pasti memberi keselesaan kepada anda dan suami. Bersihkan tempat tidur anda dan jangan lupa gantikan cadar sekurang-kurangnya sekali seminggu. Pakar Psikologi mengatakan bilik tidur yang bersih dan harum mampu meningkatkan lagi semangat suami untuk ‘bersama’ dengan anda.
Jadi Kreatif
Jangan malu untuk menerokai cara baru semasa bersama suami. Jadilah lebih kreatif dan tukarkan imaginasi kepada realiti! Jika sentiasa tampil dengan posisi serupa, suami akan mula bosan dan menurun semangatnya.
Bersifat Terbuka
Sama ada gembira atau sebaliknya dengan hubungan yang berlangsung, anda patut bersikap jujur dan berterus terang dengan suami. Beritahu apa yang anda suka dan tidak suka kepada suami supaya dia juga boleh menjadi lebih terbuka dengan anda.
Berikan Pujian
Jangan lupa berikan suami anda pujian kerana ia mampu membuat suami tampil lebih baik dan yakin di masa akan datang. Lelaki memang sukakan pujian, tetapi jangan pula mengkritik terus prestasi suami sekiranya anda kurang berpuas hati. Ini kerana ia boleh membuatkan suami ‘down’ dan kurang bersemangat.