Tahniah diucapkan kepada angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan isteri, Dr Halina yang baru sahaja menerima kelahiran anak perempuan kedua mereka pada 19 Januari lalu di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Namun pada kali ini, ianya bukanlah water birth kerana tekanan darah Dr Halina yang tinggi.
Dr Halina turut berkongsi pengalaman melahirkan puteri keduanya di blog peribadinya. Dia sempat bergurau dengan mengatakan bahawa dia memilih untuk bersalin secara normal kerana pembedahan c-section akan menghalangnya dari mempunyai 10 anak!
Sakit bersalin sememangnya tidak tertanggung. Namun, menurut Dr Halina, Dr Sheikh Muszaphar yang dianggap sebagai ‘painkiller’ untuknya sentiasa berada disisi. Khabarnya, puteri kedua pasangan ini seiras dengan bapanya. Amboi, comelnya.
Sumber & gambar: barelysupermommy.com
MENGAPA MEJAR DR FAIZ SAYU? >>
MERANCANG KELUARGA? MAKANAN INI MUNGKIN MEMBANTU >>