Penyanyi Taylor Swift sememangnya terkenal dengan hubungan cintanya dengan ramai lelaki dan yang lebih menarik, setiap kali dia berpisah dengan teman lelakinya, dia akan menulis sebuah lagu untuk setiap bekas teman lelakinya itu. Baru-baru ini, Swift telah menjalinkan hubungan dengan salah seorang ahli kumpulan One Direction, Harry Styles tetapi setelah dua bulan bersama, seperti yang dijangka, mereka berpisah.
Seperti biasa, setiap kali selebriti Hollywood berpisah, ramai yang ingin tahu sebab-sebabnya. Banyak sungguh khabar angin yang dilaporkan mengenai perpisahan Swift dan Styles ini. Ada yang mengatakan mereka berpisah kerana Styles tidak pandai bercumbu dan ada pula yang mengatakan mereka berpisah apabila Styles curang kerana cuba untuk berbaik semula dengan bekas teman wanitanya, model Cara Delevingne.
Tetapi yang paling menggelikan hati apabila Swift dikatakan menamatkan perhubungan mereka kerana Styles tidak berkhatan! Menurut Styles, dia tidak tahan dengan desakan Swift yang mencadangkannya untuk berkhatan tetapi Styles tidak mahu merubah apa-apa yang ada pada dirinya. Pada mulanya Styles berdiam diri sahaja. Lama kelamaan dia menjadi bengang dengan desakan itu. Itu pun boleh menjadi isu ke? Sebelum ini Taylor turut menjalinkan hubungan dengan Joe Jonas, Taylor Lautner, John Mayer dan Jake Gyllenhaal. Boleh tahan juga ‘taste’ Taylor Swift ni ya?
KATIE HOLMES SERIK BERCINTA LAGI? >>