Di tahun 2013 ni, ada lagi ke istilah perigi mencari timba? Bagi kami, tidak salah untuk wanita memulakan langkah pertama dengan mengajak lelaki keluar date. Sekiranya anda merasa gementar dan malu, percayalah, lelaki turut merasainya ketika memulakan langkah pertama. Bagi wanita di luar sana yang ingin mencuba untuk mengajak jejaka yang diminati keluar bersama, kami ada beberapa tip untuk rujukan anda:
Gambar: mtwomenslifestyle.com
Siasat dahulu
Sekiranya anda ingin memulakan langkah pertama, pastikan si dia juga ada menaruh sedikit perasaan suka kepada anda. Mudah sahaja untuk mengetahuinya, cara percakapan dan pandangan si dia kepada anda berbeza dengan rakan wanita yang lain. Lelaki juga turut ada sedikit perasaan malu dengan wanita yang diminatinya. Sekiranya si dia malu-malu dengan anda, tidak rugi untuk anda mengajaknya keluar buat kali pertama.
Timing kena betul
Lakukannya dengan yakin. Tetapi keyakinan bukan bermakna anda menyerbunya yang sedang lepak bersama rakan-rakan lelaki yang lain dan memalukannya di hadapan mereka. Sang jejaka akan berbesar hati dan berbangga dengan ajakan anda tetapi akan menjadi rimas dengan ejekan rakan-rakannya.
Ajak secara kasual
Untuk anda yang kurang berani, ajaklah dia seperti mengajak rakan-rakan keluar dan jangan sekali-kali menampakkan yang anda terdesak atau mendesak. Jagalah standard anda juga. Setelah si dia setuju untuk keluar bersama, layaninya seperti anda melayan orang yang paling istimewa untuk anda. Inilah masanya untuk membuat si dia jatuh hati.
Cubalah memulakan langkah pertama. Dunia tak berakhir pun sekiranya sang jejaka menolak ajakan anda. He could be your Mr Right!