Di Malaysia, penyakit kardiovaskular merupakan penyebab utama kematian. Pada tahun 2000 sehingga 2005, 20 sehingga 25 peratus kematian di hospital-hospital kerajaan adalah disebabkan oleh penyakit jantung yang dipercayai disebabkan oleh gaya hidup pesakit itu sendiri.
Salah satu cara untuk menghindari masalah ini adalah dengan mengawal pemakanan anda. Dalam tujuh hari seminggu, elakkan mengambil daging sehari dalam seminggu. Gantikan ia dengan ulam-ulaman, tauhu ataupun sayur-sayuran. Kajian membuktikan diet sayur-sayuran mampu mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak 32 peratus.
Dalam golongan umur 50 sehingga 70 tahun, 6.8 peratus daripada mereka yang gemar memakan daging dimasukkan ke hospital atau mati akibat serangan jantung berbanding 4.6 peratus yang mengamalkan diet sayur-sayuran. Ini adalah kerana corak pemakananan mempengaruhi kadar kolesterol dan tekanan darah.
DIET BUAH BAWA PADAH KEPADA ASHTON KUTCHER >>
Bukan itu sahaja, diet seperti ini turut mampu mengurangkan risiko penyakit usus dan katarak namun tiada bukti mengatakan ia mampu mengurangkan risiko kanser. Jadi mulakanlah diet sihat anda dengan tidak memakan daging sehari dalam seminggu!