Setelah seharian bekerja, anda dan pasangan pulang ke rumah dengan keadaan yang letih sehinggakan sudah lama tidak bersama. Hari Sabtu si isteri mahu menghabiskan masa dengan anak-anak dan hari Ahad si suami sibuk menonton perlawanan bola sepak. Bagaimana agaknya untuk mengembalikan keinginan seksual di antara suami dan isteri? Sebenarnya perkara ini boleh diubah dengan hanya mengatur atau menghias kamar anda dengan betul kerana ia mampu memberikan unsur sensual secara semulajadi.
YAKIN & BIJAK ANTARA CIRI-CIRI SEKSI >>
Ringkas & kemaskan bilik tidur
Anda perlu ingat, bilik tidur hanyalah untuk tidur dan bukannya stor. Janganlah anda memenuhkan bilik tidur dengan barang-barang yang tidak berkenaan. Lebih baik sekiranya bilik tidur ringkas dengan perabut yang diperlukan sahaja seperti katil, almari dan meja solek. Letakkanlah meja kerja atau mesin jahit anda di bilik berasingan. Barang yang banyak di dalam bilik tidur hanya akan menyerabutkan fikiran dan membuatkan anda hilang mood untuk bersama suami atau isteri.
CIUMAN KASIH SAYANG MESTI CUBA >>
Haruman
Antara yang boleh ditekankan untuk memberikan unsur sensual kepada anda dan pasangan adalah haruman di dalam bilik. Belilah aromaterapi atau bau-bauan berempah atau lavender kerana ia dipercayai mampu meningkatkan nafsu secara semulajadi. Sekiranya anda tidak mempunyai wangian khas untuk kamar anda, semburkan sahaja minyak wangi anda ke atas katil.
ADAKAH SAIZ PENTING UNTUK WANITA ? >>
Cahaya lampu
Cahaya yang malap mampu memberikan suasana romantis kepada anda dan pasangan. Paling baik sekiranya anda mempunyai lampu yang dilengkapi dengan sistem boleh laras untuk mengawal kadar cahaya di dalam bilik tidur anda. Sekiranya anda menggunakan lampu pendaflour, pastikan anda mempunyai lampu meja bercahaya kuning di tepi katil dan gunakanlah lampu tersebut ketika mahu bersama.
KEBAIKAN MEMPUNYAI KEKASIH METROSEKSUAL >>
Cadar
Pemilihan cadar yang tepat mampu memberikan mood yang baik kepada anda. Namun ia terpulang kepada individu. Sesetengah orang merasakan cadar sutera membantu mereka merasa lebih seksi. Namun ada yang memilih cadar kapas kerana tidak panas. Itu pilihan individu tetapi perkara yang sangat penting ketika memilih cadar adalah kualitinya. Sekiranya anda memilih yang berkualiti rendah, badan anda turut merasa gatal ketika tidak berpakaian di atasnya dan ia boleh mengurangkan mood anda untuk bersama dengan pasangan.