Pada 23 Februari lalu, genaplah setahun usia perkahwinan Yusry Abd Halim dengan pelakon jelita, Lisa Surihani. Tahniah kami ucapkan kepada mereka! Seperti pasangan-pasangan yang lain ketika ulang tahun perkahwinan menghampiri, mereka semestinya sudah pening kepala untuk mencari hadiah istimewa yang bakal diberikan kepada pasangan tercinta. Namun tidak bagi Yusry. Dia menggunakan kebolehan seninya untuk memberikan sesuatu yang cukup romantik untuk isteri tercinta. Yusry telah mencipta sebuah lagu yang bertajuk Selamat Hari Kita khas untuk Lisa sempena ulang tahun pertama mereka. That’s really sweet! Jom kita dengarkan luahan hati Yusry untuk Lisa di bawah ini.
LISA & YUSRY MERIAHKAN MAJLIS RESEPSI LIYANA JASMAY >>
TEKA SIAPA DUTA BARU PRODUK FRESHLOOK? >>