Setelah 12 tahun menjadi rancangan bual bicara wanita yang terulung di Malaysia, Wanita Hari Ini (WHI) masih lagi menjadi nombor satu tidak kiralah kepada wanita yang berkerjaya mahupun suri rumah. Untuk tahun 2013 ini, WHI menjanjikan sesuatu yang baru dan segar dengan merombak segmen-segmen yang sedia ada dan mewujudkan segmen-segmen baru yang hangat dan padat.
BERTUNANG DENGAN ISTERI ORANG, FIZZ FAIRUZ MOHON MAAF >>
BENARKAH PERKAHWINAN JARAK JAUH LEBIH BAIK? >>
Dengan set yang lebih elegan, WHI kini memaparkan segmen fesyen, kesihatan, isu semasa, dari fail mahkamah, asam garam rumah tangga, srikandi WHI dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, WHI turut diserikan dengan pengacara baru. Jika sebelum ini rancangan ini diacarakan oleh barisan pengacara yang mantap dan berpengalaman seperti Hasfizza Sabjahan, Azizah Ariffin, Nor Azzura Azizul Azman, Hazrena Kassin, Teh Syuhaida dan Irin Putri, kini peserta Top Host 2010, Nabihah Rosdi turut menjadi penyeri WHI.
SALAHKAH WANITA MEMULAKAN LANGKAH PERTAMA? >>
PERKARA YANG LELAKI TIDAK MAHU ANDA TAHU >>
Menurut Penerbit Eksekutifnya, Siti Hatija Yusof, WHI merupakan saluran utama wanita di dalam berkongsi panduan dan bimbingan kepada khalayak. Jadi untuk tahun ini, WHI akan merapatkan lagi rancangan mereka dengan penonton melalui penyertaan penonton di dalam perbincangan mereka setiap hari melalui panggilan telefon. Pihak penerbitan turut berjanji untuk memperbaiki kualiti rancangan mereka dengan memberikan suntikan pembaharuan kepada kandungan rancangan untuk memastikan penonton terus setia dengan WHI.