Mereka cukup hangat. Mereka disenangi ramai. Mereka juga punya personaliti yang kuat untuk menguasai bidang yang diceburi. Siapakah mereka?
Afiq Muiz Model & Pelakon |
Shahir AF8 Penyanyi |
Shah Iskandar Pelakon |
Zahiril Adzim Pelakon |
Azlee Khairi Model & Pelakon |
Kami turut sempat menemubual Penulis Kanan Gaya Hidup & Kecantikan EH!, Khairul Abidin tentang kriteria dalam pemilihan jejaka-jejaka bertuah ini!
Mengapa memilih begitu ramai untuk sesi penggambaran ini?
Memang setiap tahun, EH! pasti ada kejutan. Begitu juga tahun lepas. Namun, kali ini kami memilih tema ‘10 Lelaki Disenangi’ kerana saya merasakan mereka mempunyai personaliti begitu menyerlah sepanjang tahun ini. Mereka datang dari pelbagai latar belakang – pelakon, penyanyi, pereka fesyen, model juga penyampai radio. Bagi saya, mereka punya potensi yang kuat untuk terus menyinar dalam bidang yang mereka pilih.
Bagaimana pula pemilihan gaya fesyen mereka untuk sesi penggambaran kali ini? Pemilihan gaya lebih kepada kasual. It’s smart casual. Kami juga menyelitkan rona-rona yang terang memandangkan kita semua merasai kehangatan musim panas! So, it’s just perfect. Latar belakang dengan multi rona juga menceriakan lagi setiap foto yang terhasil. |
Pesanan terakhir?
Semestinya pesanan saya buat semua pembaca setia EH!, jangan lupa untuk bergegas ke newsstand untuk membeli majalah kami yang banyak memaparkan kandungan menarik dan menyeronokkan. Juga untuk mengetahui lima lagi jejaka yang menjadi pilihan kami untuk 10 Lelaki yang Disenangi!
Ooppss! Kami hanya boleh memaparkan beberapa individu saja! Jika anda mahu tahu siapakah jejaka yang terpilih dalam senarai 10 Lelaki Disenangi ini, dapatkan EH! isu Julai ’11 sekarang!