Melihat kepada wajahnya yang kacak dan kemahirannya mencipta lagu-lagu berunsurkan percintaan, anda pasti membayangkakan lelaki seperti Adam Levine merupakan seorang yang sungguh romantik. Nampaknya anda silap.
ADAKAH TEMAN LELAKI ANDA CURANG? >>
Gambar: TPGNEWS
KENAPA LELAKI ‘NERD’ MENJADI PILIHAN IBU MERTUA? >>
Penyanyi kumpulan Maroon 5 ini hanya akan membawa anda makan di restoran makanan segera, McDonalds pada temujanji pertama. Lebih mengecewakan apabila dia menyuruh anda berpakaian secantik mungkin dan dia turut mengenakan tuxedonya seperti memberi harapan kepada anda yang kononnya bakal menikmati candlelit dinner di hotel mewah.
Gambar: TPGNEWS
KISAH MIKE ROSS DAN SUITS-NYA >>
Menurutnya, temujanji sebegitu adalah sangat spontan, romantik dan jimat. Katanya ia hanya temujanji pertama. Bagaimana sekiranya dia tidak berminat dengan gadis itu? Sekiranya mempunyai persefahaman, mungkin dia akan membawa anda menonton opera selepas itu. Jika tidak, anda akan terus dihantar pulang.
Gambar: TPGNEWS
SIAPA CHANNING TATUM SEBENARNYA? >>
Levine yang suka dengan wanita yang mengenakan pakaian dan aksesori lelaki telah ditinggalkan kekasihnya, model Victoria’s Secret, Anna Vyalitsina setelah dua tahun bersama. Dia juga baru berpisah dengan seorang lagi model Victoria’s Secret Behati Prinsloo dan kini dikatakan sedang cuba untuk mencari chemistry dengan pelakon drama bersiri Gossip Girl, Amanda Setton.