Wangian yang dipilih boleh melambangkan personaliti seseorang individu. Bukan sahaja melambangkan tahap kebersihan seseorang, haruman pilihan turut menjadi identiti kepada anda yang diingati dengan wangian yang dikenakan.
DUA WANGIAN IKONIK L’OCCITANE >>
WANGIAN ASYIK LANCOME LA VIE EST BELLE >>
Apabila terhidu sahaja haruman terbaru Eau de Lacoste, anda boleh mengkategorikan si pemakai sebagai seorang yang moden, bergaya dan berdikari. Wangian yang memberikan sentuhan sensual kapas putih ini ditambah dengan haruman Orange Flower, Pineapple Flower serta Jasmine Sambac untuk memberikan bau-bauan feminin secara semula jadi. Campuran formula Sandalwood serta Vanilla turut diadun bersama untuk memberikan haruman yang lebih elegan dan sofistikated.
A WOMAN WHO DOESN’T WEAR PERFUME HAS NO FUTURE? >>
Untuk minyak wangi terbaru Lacoste ini, pelakon Hollywood Amy Adams telah terpilih sebagai wajah terbaru wangian ini. Adams dipilih berdasarkan personalitinya yang moden dan kelembutan semula jadi yang dikagumi oleh setiap lelaki mahupun wanita. Menurut Adams, dia merupakan seorang yang sangat menyukai minyak wangi dan senang mengingati bau seseorang. Mari kita saksikan video di sebalik tabir pengambaran iklan Lacoste bersama Amy Adams di bawah ini.
Koleksi Eau De Lacoste Pour Femme EDP 30ml, 50ml, 90ml serta losen badan dan gel mandian sudah mula terjual di pasaran Malaysia dengan harga RM89 ke atas.