Setelah 29 tahun berada di dalam industri mekap, M.A.C tidak pernah mengecewakan penggunanya setiap kali melancarkan produk terbaru mereka. M.A.C yang sebelum ini berjaya dengan produk yang diinspirasikan oleh pop ikon, seperti koleksi M.A.C Barbie, koleksi M.A.C Hello Kitty dan koleksi M.A.C Wonder Woman, kini kembali lagi dengan koleksi M.A.C Archie’s Girls.
M.A.C WONDER WOMAN SERLAHKAN KUASA KECANTIKKAN >>
NICKI MINAJ ANGGUN DENGAN M.A.C VIVA GLAM >>
Terkenal dengan rona-rona berani, koleksi ini tertumpu kepada dua gadis Archie iaitu, Betty dan Veronica. Untuk koleksi Betty, rona bubble gum pink diketengahkan di dalam pengilat kukunya, gincu, pengilat bibir dan pemerah pipi yang membawa nama-nama comel seperti ‘Kiss and Don’t Tell’ serta ‘Summer Sweetheart’. Untuk koleksi gadis Archie Veronica, rona ungu diterapkan di dalam koleksinya yang turut membawa nama yang begitu menarik seperti ‘Boyfriend Stealer’ dan ‘Past Curfew’.
5 LANGKAH TRANSFORMASI CANTIK >>
Kedua-dua koleksi ini lengkap dengan pengilat kuku, gincu, pengilat bibir, celak, maskara, bedak dan pembayang mata. Bukan itu sahaja, koleksi edisi terhad M.A.C Archie’s Girls ini turut menampilkan beg mekap, set berus mekap, cermin dan banyak lagi produk sampingan yang diinspirasikan oleh karakter kartun ikonik Amerika itu. Ia telah mula berada di pasaran Malaysia Mac ini.