Musim luruh/sejuk 2011 menyaksikan dinamiknya rekaan dalam pentas peragaan. Masing-masing berlumba untuk mempamerkan kelainan dan signature dalam setiap koleksi. ALDO tidak terlepas ‘menghidangkan’ kepada peminatnya dengan rangkaian aksesori dan rekaan kasut terbaru. Menggunakan rona-rona sejuk seperti biru tua, merah burgundy, ungu gelap, khaki, metalik dan beige, pastinya penggemar ALDO tidak mahu melepaskan peluang untuk memilikinya.
Apatah lagi material seperti kulit, baldu, satin, renda dan glitters menambahkan lagi nilai estetika bagi setiap rekaannya. Apa yang ditunggu lagi, EH! mahu berkongsi bersama anda sebahagian daripada rekaan bercitarasa unggul dari ALDO secara eksklusif hanya di dev.eh.my! Menariknya kali ini, kod yang ditetapkan tentunya… Hari Raya Aidilfitri!
Kasut baji hitam dan metalik emas Beg beriben
Kasut tumit tinggi diamante Anting-anting berjurai
Beg tote
Beg clutch baldu dan metalik emas Kasut baji baldu
Cekak rambut Beg labuci bergancu
–Khirriah Kodry