Menonton klip-klip video yang dipaparkan dalam laman web CHANEL terbaru, www.chanel-confidential.com, mata pastinya terpaku dengan elemen kejutan yang begitu unik lagi artistik! Dilancarkan pada 1 Mac 2011, CHANEL Confidential menghimpunkan pelbagai klip video menarik. Antaranya paparan koleksi solekan terbaru, back stage, temubual bersama tenaga kreatif CHANEL, tutorial solekan CHANEL pertunjukan fesyen dan banyak lagi!
Laman web di bawah arahan Pengarah Kreatifnya, Philip Philips, beliau turut memperkenalkan experiential discovery unggul, semuanya tentang kosmetik CHANEL. Video angle menarik diiringi muzik latar belakang menjadikan setiap klip video bertambah menghiburkan dan bertenaga. Menariknya, laman web ini sentiasa diberi update terkini dari masa ke semasa agar pengikut tidak berasa jemu.
Ini adalah antara sedutan gambar serta klip video yang dipaparkan di dalam www.chanel-confidential.com.
Kredit: CHANEL untuk Youtube.com