DAVID BECKHAM SELEBRITI BOGEL TERBAIK? >>
Ikon fesyen, Victoria Beckham mungkin bukanlah tersenarai di antara wanita yang tercantik di dunia, namun begitu dia seorang yang sangat menitik beratkan penjagaan kesihatan dalaman dan serta kulitnya. Menurut ibu kepada empat orang cahaya mata ini, menu sarapan paginya adalah buah-buahan berserta teh peppermint atau double espresso. Dia dan keluarga mengamalkan diet sihat seperti sushi, makanan mentah yang berprotein tinggi tidak kiralah masakan Itali atau Perancis, bersama jus yang sihat untuk hidangan makan tengah hari.
HELAIAN ASAS UNTUK TAMPIL WOW >>
Isteri kepada pemain bola seksi, David Beckham ini turut menekankan kepentingan tidur yang cukup dan berkualiti. Dia akan memastikan tidurnya tidak kurang daripada enam jam setiap malam. Produk penjagaan kulit yang digunakan adalah daripada rangkaian Dr Lancer serta Elizabeth Arden. Untuk memastikan kulit badannya sentiasa cantik, penyanyi kumpulan Spice Girls ini menggunakan losen pelembap badan Weleda setiap hari. Victoria yang jarang bermekap tebal memilih pengilat bibir Stila sebagai produk mekap wajibnya kerana bau dan rasanya yang sedap.
CARA MEMBUAT RAWATAN RAMBUT SENDIRI DI RUMAH >>