Dalam perhubungan seks, kepuasan maksimum si isteri boleh dinilai melalui puncak klimaks yang dialami oleh mereka. Anda mungkin tahu bagaimana cara memuaskan pasangan tetapi apa yang anda tahu mengenai orgasma? Di sini kami ada senaraikan lima fakta menarik mengenainya.
1. Anda tidak perlukan alat sulit untuk mencapai puncak klimaks. Memandangkan orgasma merupakan tindakan refleks saraf, ia tidak semestinya disebabkan rangsangan di bahagian alat sulit wanita. Ada satu kes yang dilaporkan, seorang wanita mencapai puncak klimaks setiap kali memberus giginya dan merasakan dia telah dirasuk hantu. Setelah mendapat penjelasan doktor, wanita tersebut telah beralih kepada cecair kumur untuk membersihkan giginya.
SEKS LIMA KALI SEMINGGU BANTU PRESTASI KERJA? >>
2. Orgasma boleh membantu tahap kesuburan. Pada awal 1900an, pakar mendakwa kontraksi daripada orgasma boleh ‘menyedut’ air mani sehingga ke rahim untuk mensenyawakan telur.
PERKAHWINAN JARAK JAUH LEBIH BAIK? >>
3. Orgasma boleh menyebabkan nafas anda berbau. Setelah sejam melakukan hubungan seks, bau nafas wanita akan menjadi seperti bau air mani lelaki.
SANGGUPKAH LELAKI MENELAN PIL PERANCANG? >>
4. Orgasma boleh menyembuhkan masalah sedu. Ada artikel yang mencadangkan kepada sesiapa yang susah untuk menghentikan sedu yang dialami untuk terus melakukan hubungan seks dengan suami.
TANDA-TANDA CINTA TIADA LAGI >>
5. Mereka yang koma pun boleh mencapai puncak klimaks. Sekiranya bahagian sepatutnya dirangsang, walaupun mereka berada di dalam keadaan pra-sedar, mereka boleh mencapai orgasma.