Di dalam setiap perpisahan, pada mulanya masing-masing cuba sedaya upaya untuk mengubati hati yang berduka. Setelah itu, kedua-duanya akan berusaha untuk menang di dalam perpisahan tersebut untuk menjaga ego masing-masing. Sekiranya anda berada di dalam situasi ini, kami ada cara untuk anda memenangi perpisahan yang baru anda alami.
ALAHAN TERHADAP SELUAR DALAM? BIAR BETUL >>
Peranan Laman Web Sosial
Strategi pertama adalah, jangan block si dia daripada Facebook atau Twitter anda. Sekiranya dia yang berbuat demikian, anda mendapat kemenangan pertama. Kami pasti si dia akan melawat akaun Facebook dan Twitter anda setiap hari. Jadi, walaupun anda sedih, jangan sesekali menunjukkannya di laman-laman web sosial dan walaupun terpaksa berlakon, paparkan kegembiraan anda tanpa si dia di sisi.
Jadi Lebih Menawan
Masuk kelas yoga, tarian atau pergi ke spa dan rawatan muka untuk menjadi lebih menawan. Kesemua aktiviti ini bukan sahaja boleh membuatkan anda melupakannya dan menjadi bertambah gembira, tetapi mampu menaikkan keyakinan anda disebabkan oleh penampilan baru yang lebih menawan. Setelah itu, muat turun gambar terbaru anda di laman-laman sosial dan bonus untuk anda sekiranya rakan-rakan memberi pujian di dalam komen mereka. Biar si dia menyesal meninggalkan anda.
ORANG GAJI ROBOT UNTUK MASA DEPAN >>
Cari Pengganti Segera
The ultimate winning is to get a partner first! Kalau imej dan penampilan anda sudah berubah, tidak mustahil anda boleh dapat pengganti dengan mudah. Apa yang penting, pengganti si dia haruslah lebih baik dari semua segi daripadanya. Kalau mahu lebih menyakitkan hatinya, keluar dengan rakan lelaki di dalam kelompok anda berdua. Semestinya dia akan senang terhidu perhubungan baru anda.