Setiap kali selepas makan tengah hari, badan terasa lesu dan mengantuk yang mengurangkan produktiviti anda di pejabat. Mengapa ya? Dari jam 1 sehingga ke 3 petang, suhu badan kita menurun dan merangsang pengeluaran melatonin yang membuatkan kita merasa mengantuk. Kami ada cara bagaimana anda boleh menambahkan tenaga dan mengurangkan rasa mengantuk di pejabat.
Gambar: TPGVIP
Pilih Pakaian Berwarna Terang
Menurut Lee Eisemen seorang pakar warna daripada Pantone Institute, sekiranya anda memakai warna yang terang, tenaga yang dibawa oleh warna pakaian boleh diserap oleh anda. Warna-warna seperti merah, fuchsia dan biru terang membawa aura yang bertenaga dan anda digalakkan memakai warna-warna ini untuk mengurangkan kelesuan anda setiap hari.
GIGI RAPUH KERANA DIET BUAH? >>
Dedahkan Diri Kepada Cahaya
Ambil masa lima minit untuk keluar dan dedahkan diri anda kepada cahaya matahari atau berdiri dan berjalan di bawah lampu di pejabat anda. Lebih berkesan sekiranya sekali sekala anda melihat lampu tersebut.
Kunyah Gula-gula Getah
Menurut Alan Hirsch, Pengasas dan Pengarah Yayasan Penyelidikan Neurologi, rasa dan bau pudina merangsang saraf trigeminal yang disambungkan kepada bahagian otak yang mendorong anda untuk berjaga. Mengunyah gula-gula getah boleh menghalang anda daripada merasa mengantuk.
Hidu Bau-bauan Menyegarkan
Beli semburan wangian atau losen yang mempunyai aroma yang menyegarkan kerana anda akan turut merasa segar setelah menghidunya. Bau-bauan sitrus, pudina dan lilin beraroma jasmin mampu memberikan anda kecerdasan otak dan kecergasan fizikal. Elakkan bau-bauan seperti lavender kerana ia boleh membuatkan anda merasa mengantuk.
TIP UNTUK TIDUR DENGAN LEBIH SEMPURNA >>
Flirting
Apa kata anda cuba mengacau atau mengurat gadis manis yang selalu anda lihat di pejabat. Menurut kajian, aktiviti ‘nakal’ ini menggalakkan jantung mengepam darah seterusnya merangsang pengaliran darah yang memberikan anda tenaga secara semula jadi.