Setiap kali ulangtahun yang tersayang anda pasti pening kepala memikirkan apa yang harus dihadiahkan kepadanya. Untuk mengelak membeli hadiah yang sama setiap tahun, apa kata hadiahkan sesuatu yang anda buat sendiri. Di sini kami ada beberapa cadangan untuk anda.
Gambar: tipjunkie.com
Sarung Bantal Berpoket
Bilang sahaja berapa alat kawalan jauh di ruang tamu rumah si dia. Satu untuk televisyen, satu untuk pemain dvd, satu untuk dekoder dan yang pastinya si dia selalu sahaja hilang alat kawalan jauhnya. Hadiah ini mungkin boleh membantunya. Jahitkan satu sarung bantal untuk ruang tamunya berserta dengan poket khas untuk mengisi alat kawalan jauhnya. Setiap kali si dia menonton televisyen, pasti anda akan berada di fikirannya!
Gambar: vouchersmate.com
Kemeja-T
Beli satu kemeja-T kosong dan curahkan kreativiti anda ke atasnya. Ada banyak cara untuk membuat kemeja-T. Anda boleh melakukan proses ikat celup, atau beli sahaja berus dan pewarna pakaian dan lukiskan initial namanya pada kemeja-t tersebut. Pelekat bercorak untuk kemeja-t juga ada terjual di pasaran. Apa yang anda perlukan hanyalah seterika untuk menghasilkan kemeja-t yang cantik.
PROSES IKAT CELUP (TIE-DYE) >>
Gambar: shelterness.com
Keychain
Rantaian keychain kosong ada terjual di kedai-kedai kraftangan. Anda boleh menggunakan barangan kulit terpakai seperti dompet lama yang tidak digunakan untuk membuat keychain khas untuk kunci kereta si dia. Anda boleh potong mengikut rekaan yang anda suka seperti bentuk misai, initial nama atau anda boleh hiasi kulit tersebut dengan studs untuk nampak lebih trendy. Gunakan lilin untuk mengemaskan kesan potongan kulit tersebut.
Gambar: whatemilymakes.blogspot
Cawan Kopi Di Pejabat
Beli cawan kosong dan pen khas untuk kaca, dan mula mereka sesuatu yang bermakna untuk si dia di atas cawan tersebut. Untuk lebih istimewa, buat kejutan dengan meletakkan kopi di atas meja pejabatnya menggunakan cawan yang anda buat sendiri untuknya.