Di antara wanita pertama dunia, tidak dinafikan Michelle Obama tergolong di dalam golongan yang paling celik trend dan fesyen. Personalitinya membuatkan cara pemakaiannya tampak begitu anggun dan sofistikated!
APABILA SENI DAN FESYEN BERGABUNG >>
Anda pun boleh menjadi seperti Michelle Obama. Khas untuk anda, kami sediakan panduan beli-belah untuk anda bergaya seanggun wanita pertama Amerika Syarikat ini.
Wanita pertama ini kelihatan sungguh ringkas tapi bergaya mengenakan gaun yang berjalur di bahagian bawah. Anda juga boleh mendapatkan gaun yang lebih kurang sama dengan Michelle Obama ini di butil Femme Elegante Online – www.fe.com.my.
BEHIND THE COVER APRIL: SCHA AL YAHYA>>
Gaun Narciso Rodriguez yang dikenakannya pernah mendapat kritikan hebat di pentas peragaan, tetapi Michelle Obama berjaya menggayakannya dengan baik sekali. Anda boleh mendapatkan gaya yang sama dengan wanita pertama Amerika Syarikat ini di Whitesoot online – www.whitesoot.com dan lengkapkan gaya dengan kardigan hitam.
BERJALAN SELESA BERKASUT TINGGI>>
Michelle Obama menghadiri temubual bersama Good Morning America dengan mengenakan gaun hijau ini. Anda turut boleh meniru gayanya dengan gaun hijau lembut daripada Doublewoot online – www.double-woot.com.
GENERATIONS OF STYLE DARIPADA COACH >>
Michelle Obama mengenakan busana daripada J Mendel dan anda boleh mendapatkan sesuatu yang lebih kurang sama di Rara Black Online – www.rarablack.com.