Kadangkala kami merasa sangat kasihan dengan selebriti Hollywood yang berpenampilan agak teruk. Mereka ada duit untuk membayar pakar kulit, personal trainer dan stylist tetapi mengapa penampilan mereka masih mengecewakan? Di bawah ini kami ada senaraikan beberapa orang selebriti yang memerlukan transformasi berdasarkan pemerhatian kami.
10 ARTIS CANTIK TANPA MEKAP >>
Lindsay Lohan
Dia antara selebriti yang memerlukan transformasi luar dalam. Kelakuan Lindsay Lohan yang tidak terkawal membuatkannya selalu keluar masuk penjara. Pigmentasi pada kulitnya yang tidak sekata semakin menyerlah, mungkin kerana kerap melakukan tanning. Suntikan kecantikan pada mulutnya tidak mengubah penampilannya langsung, malah mencacatkan lagi wajahnya. Lindsay selalu berpakaian seperti orang tua dan selalu mengejutkan peminatnya dengan warna rambut yang tidak bersesuaian dengan wajahnya.
Brad Pitt
Apa masalah Brad Pitt, kami tengok dia macam okey sahaja? Sememangnya dengan bantuan stylist, Brad sudah semakin pandai bergaya. Namun begitu, Brad Pitt mempunyai masalah kulit sejak muda lagi. Sekiranya anda perhatikan betul-betul, kulitnya mempunyai parut jerawat yang teruk dan kadangkala jerawat di lehernya jelas kelihatan. Come on, Brad. anda ada duit untuk melakukan rawatan laser untuk memulihkan kulit anda.
TRANSFORMASI SELEBRITI YANG BERJAYA >>
Mariah Carey
Kami tahu Mariah sememangnya mempunyai ‘aset’ yang agak besar dan berbangga dengannya tetapi mengapa setiap pakaian yang disarungkan harus menampakkan setengah daripada buah dadanya? Mariah gemar memilih pakaian yang tidak cukup kain yang membuatkannya tampak begitu ‘murah’. Wajah Mariah yang klasik sudah cukup untuk menampakkan keseksiannya tanpa perlu mendedahkan apa yang tidak patut.
Christina Aguilera
Ramai yang membincangkan tentang figura Christina Aguilera yang semakin mengembang. Nasihat kami, sekiranya Christina tidak bercadang untuk menguruskan badan, tolonglah pilih pakaian yang bersesuaian dengan bentuk badan. Christina suka sangat mengenakan gaun bodycon yang terlalu ketat sehingga kami tengok pun kami susah nak bernafas. Bonjolan lemaknya yang kelihatan memang menyakitkan mata.
SELEBRITI PERAWAN HOLLYWOOD >>
Ke$ha
Kami faham, Ke$ha seorang yang berjiwa muda dan mencuba sedaya upaya untuk nampak seksi. Tetapi tidak perlulah mempunyai imej yang keterlaluan peliknya. Ke$ha antara selebriti yang memerlukan transformasi head-to-toe. Rambutnya sekira didandan dengan baik dan mengenakan pula pakaian high fashion, Ke$ha mampu menjadi anggun dan seksi seperti Blake Lively.
Helena Bonham Carter
Mungkin ramai yang mengatakan imejnya sememangnya sesuai sekali dengan kebanyakan watak yang selalu dilakonkannya. Helena yang ‘kreatif’ memang sukakan suai padan tetapi malangnya padanan yang dikenakan langsung tidak kena. Dia di antara selebriti yang memang wajib membayar seorang peñata gaya peribadi!