Terus terang saya katakan, sebagai seorang wanita, saya cemburu dengan kecantikan bentuk badan dan kelebatan rambut Fouziah Gous, terutama sekali pabila melihat gaun BEBE yang dikenakan terletak cantik pada tubuhnya. Saya curi dengar perbualannya dengan Timbalan Pengarang EH! Khairul Abidin Ishak mengenai penjagaan tubuhnya. Fouziah kata dia sangat bertuah kerana genetik ibu banyak diturunkan padanya. Dia juga bertuah kerana mewarisi bentuk badan dan wajah ibunya.
GENERATIONS OF STYLE DARIPADA COACH >>
BEHIND THE COVER MARCH: NUR FAZURA >>
[wowslider id=”22″]APABILA SENI DAN FESYEN BERGABUNG >>
BEHIND THE COVER APRIL: SCHA ALYAHYA >>
Namun begitu, Fouziah tidak alpa dan masih ke gimnasium untuk mengekalkan bentuk badannya. Menurutnya, dia seorang yang kuat makan dan tidak akan menahan lapar hanya untuk kurus. Oleh sebab itu, sekiranya ada masa terluang, gimnasiumlah tempat ‘lepak-nya’. Fouziah sangat meminati bentuk badan Adriana Lima dan Jessica Alba. Oleh kerana dia juga gemar baju yang mengikut bentuk badan, perut yang leper dan pinggang yang ramping merupakan sesuatu yang paling dititik-beratkan, dan itu turut memotivasikan dirinya.
**Ikuti temubual penuh bersama Fouziah Gous di halaman 28 EH! keluaran Mei.