Namanya semakin dikenali setelah dipertanggungjawabkan untuk melakonkan watak utama di dalam drama bersiri Sedetik Cinta bersama dengan Awal Ashaari. Berbadan kurus tinggi dan berkulit putih, Hanez Suraya sememangnya beruntung kerana mempunyai aset yang membolehkannya tampak menawan mengenakan apa jua rekaan dan corak fabrik. Di dalam EH! Jurnal Fesyen pada kali ini, kami mengetengahkan tema fabrik bercorak yang sememangnya menjadi kegilaan ramai masa kini.
Blaus corak flora MNG – RM99, seluar palazzo tribal Adila Long – RM300
Balus kimono batik Adila Long – RM520, baju tanpa lengan TOPSHOP, seluar bercorak Mango – RM189
SI PERAWAAN MANIS BELLA DALLY >>
**Untuk lebih gaya daripada Hanez Suraya, dapatkan majalah EH! edisi Mei dan selak ke halaman 60.