Kepada yang sentiasa mengikut perubahan trend semasa, adakah anda merasa rugi sekiranya berhabis untuk trend yang hanya bertahan selama beberapa bulan? Sekiranya ya, di sini kami ingin membantu anda mengisi almari di rumah dengan trend yang terbaik sepanjang zaman supaya ia dapat digunakan sepanjang masa dan masih boleh membuatkan anda tampak trendy pabila mengenakannya.
Leggings
Ramai yang memilih legging kerana keselesaannya. Ia sangat berguna untuk mereka yang gemar mengenakan skirt yang terlalu singkat tanpa mencacatkan gaya. Bukan itu sahaja, rekaan fesyen terbaik ini memberikan ilusi bentuk kaki yang cantik kepada anda.
DIET EKSTREM BUKAN PILIHAN SARAH LIAN >>
Skirt Mini
Dipopularkan pada tahun 1960an di London, skirt mini telah berkembang menjadi satu rekaan yang menjadi kegilaan ramai. Anda boleh menyimpan skirt mini yang anda kenakan pada usia remaja untuk anak gadis anda kerana trend skirt pendek akan sentiasa segar pada masa akan datang.
Jaket/Blazer
Jaket atau blazer boleh mengubah gaya anda dalam sekelip mata sahaja! Walaupun anda mengenakan gaun formal untuk ke pejabat, jaket kulit dapat menyelamatkan anda dengan memberikan gaya chic dan kasual sekiranya mahu terus berhibur di malam hari dengan mengenakan gaun yang sama.
CURI BAJU NENEK ANDA UNTUK BERGAYA >>
Gaun Kemban
Trend ini mewarnai majlis karpet merah Hollywood dari dahulu sehingga kini. Trend terbaik yang memberi suntikan elegan kepada gaya anda ini adalah busana mesti ada di dalam almari setiap wanita.
KEBAIKAN TEH UNTUK KESIHATAN >>
Kasut Flat
Terima kasih kepada pencipta kasut flat ballerina kerana memberi penyelesaian kepada mereka yang tidak gemar berkasut tinggi. Kasut ini fleksibel kerana sesuai digayakan dengan pelbagai jenis persalinan, kasual atau formal.
TIP PEMILIHAN PAKAIAN DALAM >>
Kemeja T Basic
Trend ini mampu mengimbangkan gaya anda. Sekiranya seluar anda bercorak padat, kemeja-T asas boleh membuatkan anda tampak sedikit ringkas. Sekiranya anda terasa seperti mahu bermain dengan aksesori, kemeja-T mampu menyerlahkan lagi perhiasan yang dikenakan. Pendek kata, kemeja-T merupakan trend mesti ada sepanjang zaman!