Salah satu sebab mengapa anda harus mendapatkan EH! edisi perkahwinan kami pada kali ini adalah kerana halaman fesyen kami menampilkan sesuatu yang berbeza daripada sebelum ini. Kami mahukan perkahwinan dalam taman yang sebenar untuk memberikan mood perkahwinan kepada pembaca.
TIP HANTARAN DARIPADA RIZALMAN IBRAHIM >>
Penggambaran halaman fesyen yang diadakan di Shangri-la Putrajaya ini tidak akan berjaya tanpa dekorasi resepsi perkahwinan yang dipenuhi oleh gubahan bunga orkid putih yang segar oleh Glam Weddings milik pereka fesyen terkemuka, Rizalman Ibrahim.
TAMPIL BERLAINAN KE MAJLIS PERKAHWINAN >>
Dengan busana perkahwinan terindah daripada pereka-pereka tempatan dan solekan daripada Shiseido, model kami untuk halaman fesyen kali ini Eryna Salim, sungguh menyerlah seri pengantinnya. Tambahan pula diapit oleh enam dayang di hari bahagia.
NORA DANISH BERBICARA TENTANG PERKAHWINAN KEDUANYA >>
Apalah erti majlis perkahwinan yang indah sekiranya momen bahagia ini tidak dirakamkan untuk dikongsi bersama anak cucu kelak? Untuk itu, LH Media telah membuatkan ‘majlis perkahwinan’ ini lebih bermakna dengan menghasilkan video perkahwinan khas untuk halaman fesyen kami kali ini. Jom kita saksikan!