Mengenali personaliti seseorang lelaki itu memerlukan ketelitian dan pemerhatian yang banyak. Tidak seperti wanita, lelaki cukup faham bila masa wanita merajuk, bagaimana hendak dipujuk, apa yang wanita suka dan sebagainya. But when it comes to guy, agak suka untuk mengenali mereka. Kamu perlukan masa yang panjang serta perhatian yang lebih jika benar-benar ingin mengenali mereka. EH! kongsikan beberapa perkara yang umum tentang lelaki.
Gambar: girlslife.com
Bagi si kaki bola, mereka akan lebih menghargai kamu, jika tidak dikacau waktu bolanya. Mereka tidak kisah menemani kamu berjam-jam untuk membeli belah atau berasa segan tatkala kamu bergelak tawa dengan teman di majlis yang tiada seorang pun yang mereka kenali. Tapi, jangan kacau waktu siaran perlawanan bola pasukan kegemaran mereka.
Lelaki memang kuat makan. Lebih-lebih lagi lelaki yang memang tak boleh tak makan nasi sehari. Mereka boleh bad mood jika terlepas waktu makan sebab asyik melayan kerenah kamu. Jadi jika inginkan dia teman kamu kesana kemari, pastikan waktu makannya tidak lewat!
Kalau wanita marah atau merajuk, cukup senang nak tahu dan pujuk. Jika lelaki marah, kebiasaannya mereka lebih suka berdiam. Itu bermakna mereka perlukan masa untuk diri sendiri. Maknanya, jangan ditegur kalau mereka tengah diam. Jangan risau, keadaan akan kembali normal tak lama selepas itu. Lelaki kalau marah sekejap sahaja.