Jarang sekali dapat kita lihat orang yang memiliki rambt hitam bersinar. Apa rahsianya?
Gambar: carabadansehat.blogspot.com
Limau dan Santan
Bagi mendapatkan rambut yang hitam bersinar, campurkan segelas perahan santan dan limau. Lumurkan campuran itu pada rambut dan dibiarkan dalam 15 minit. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan rutin ini sebanyak tiga kali seminggu bagi menampakkan hasilnya.
Susu
Isi susu kedalam botol semburan. Semburkan susu tadi keseluruh rambut dengan rata. Biarkan susu tadi meresap dalam 15 – 20 minit kemudian cuci rambut dengan bersih. Jika kamu amalkan semburan susu ia boleh membantu menyegarkan rambut serta rambut akan mudah diurus.
Lendir Bunga Raya
Ramas tiga hingga empat tangkai bunga raya kedalam sebesen air suam sehingga mengeluarkan lendir. Lumur pada rambut dengan rapi dan dibiarkan untuk 15 minit. Kemudian bilas dan biarkan rambut kering dengan sendirinya. Kamu akan kagum dengan hasilnya nanti.
Selamat mencuba!