By Khairul Abidin ishak
Gambar: IKEA
Inginkan perubahan dan suasana yang lebih tenang? Cuba curi masa untuk kemas rumah atau bilik anda. Mungkin ruang yang lebih kemas dan tersusun akan mencipta mood yang lebih segar.
1. Beli cadar baru. Ia adalah ‘make over’ paling mudah dan pantas pada kamar tidur anda. Dapatkan bantal yang selesa agar anda miliki tidur yang sempurna. Bukankah tidur yang lena adalah penyumbang kepada tahap kesihatan anda?
2. Susun segala bahan bacaan seperti buku, majalah dan cakera padat muzik anda. Jika ada masa susun berdasarkan bulan, tahun serta nama penyanyi.
3. Kemas meja solek dan hanya letakkan produk-produk yang anda gunakan sahaja. Susun dengan kemas dan lebih baik anda dapatkan kotak-kotak kecil untuk mengasingkannya. Buang produk-produk yang sudah tamat tempoh.