Oleh: Izzati Saadin
Antara selebriti yang buat kita tidak jemu memandang, malah semakin lama semakin cantik! Ikuti temu bual EH! bersama Bella untuk menjengah rutin cantik gadis ini.
Cantik itu adalah?
Mungkin agak klise, namun saya percaya bahawa cantik itu bukan sekadar luaran tetapi dalaman. Bagi saya cantik dalaman adalah lebih penting, manakala cantik luaran adalah bonus. Contohnya, jika seseorang itu kurang cantik rupa parasnya, tetapi mempunyai sifat yang baik, secara automatik dia akan tampak cantik.
Rutin penjagaan wajah Bella?
Wajah sangat penting, kerana sebagai selebriti selain tubuh, wajah adalah aset utama. Jadi saya sering memakai pupur sendiri di rumah selain mencuci wajah agar bersih dari solekan sebelum tidur. Selain itu, jika mendapati wajah saya kusam, saya akan mendapatkan rawatan wajah di spa.
Bagaimana Bella mengekalkan kecantikan rambut?
Selain mencuci sendiri di rumah, saya juga akan mendapatkan rawatan rambut di salon supaya rambut saya kekal sihat.
Adakah Bella percaya pada suplemen?
Ya, saya memang mengamalkan pengambilan suplemen, bagi saya ia sangat penting untuk tubuh kita.
Apa aktiviti kegemaran Bella di masa lapang?
Jika saya berada di kampung halaman, Kota Kinabalu, saya akan menghabiskan masa di pulau yang terdapat di sana, tetapi jika di sini, saya lebih senang duduk di rumah sahaja seperti menonton filem.