Hanya dengan percikan Burberry Brit Rythm
Hanya dengan satu semburan. Ya, Burberry akhirnya memperkenalkan haruman wanita pertama untuk wanita sejak melancarkan rangkaian kecantikannya sejak April 2013. Aktres dan model British, Suki Waterhouse yang juga merupakan kekasih actor Bradley Cooper menjadi wajah kepada haruman ini. Satu pilihan tepat pada kami.
Seperti kata Ketua Pegawai Kreatif Burberry, Christopher Bailey
“Irreverent and free-spirited, the Brit Rhythm woman combines powerful femininity with a rock and roll edge.“
Dapatkan gaya seperti Suki Waterhouse
1. Sapukan bedak asas ke seluruh wajah dengan rata untuk mencipta kanvas wajah yang bebas cela dan berseri.
2. Kemudian, layangkan pemerah pipi rona asli pada buah pipi untuk menonjolkan bahagian tersebut.
CUBA: Nude Radiance No.01 Liquid Foundation, Earthy Blush No.07
3. Gariskan mata dengan penggaris mata rona hitam
CUBA: Poppy Black No.1 Kohl Pencil
4. Gunakan pembayang mata warna hitam untuk mencipta kesan smudge penggaris mata tadi. Lantas terhasillah solekan mata berkabut (smokey eyes).
CUBA: Midnight Black No.18 Eyeshadow
5. Sapukan maskara untuk kesan mata yang lebih galak.
CUBA: Midnight Black No.01 Mascara
6. Sapukan gincu rona nude untuk menyeimbangkan gaya solekan mata yang berat.
CUBA: Pink Apricot No.301
7. Semburkan Burberry Brit Rhythm untuk melengkapkan penampilan.
Jika anda memiliki ciri-ciri yang dimiliki oleh Suki seperti seorang yang spontan dan provokatif, haruman ini sepadan dengan diri anda. Campuran aroma lavender Inggeris beradun mesra dengan bunga limau serta vetiver dan musk.
Campuran aroma yang tepat, gadis yang bersesuaian sebagai wakilnya serta reka bentuk botol jernih yang menyerlahkan isinya yang berona merah samar, Burberry Brit Rhythm pastinya haruman wanita sejati.
Tonton video kempen haruman hangat ini…