Oleh: Izni Jalil
Gambar: TPG News
Jangan tidak tahu, golongan muda di Malaysia kini semakin ramai yang diisytihar bankrap dek masalah pengurusan wang. Apa yang anda perlu lakukan sebaik perkara malang ini berlaku dalam hidup?
1. Hubungi Jabatan Insolvensi yang berperanan memberi khidmat nasihat dan membantu anda untuk melakukan perkara sepatutnya. Anda dikehendaki membuat surat rayuan dan mengemaskini maklumat kewangan.
2. Tukar akaun bank dimana gaji dimasukkan. Anda tidak akan dibekalkan dengan kad ATM dan kesemua urusan menggunakan buku akaun. Jika ada pembayaran hutang yang melibatkan pemotongan gaji, minta diberhentikan serta merta berdasarkan surat pengesahan daripada Jabatan Insolvensi.
3. Bersiap sedia dari segi mental dan fizikal kerana anda perlu membayar kesemua hutang secara dua kali ganda pada bulan-bulan seterusnya.
4. Utamakan bayaran tertunggak yang ada dan elakkan menambah hutang.