Oleh: Farhana Fuad
Gambar: blog.jurlique.com
Walaupun kita tidak melalui empat musim, cuaca yang panas sepanjang tahun menjadikan ramai yang leka dan tidak mengambil berat perihal penjagaan diri yang terdedah kepada panas mentari dan bahang setiap hari. Persiapkan diri dengan cuaca sebegini kerana ia boleh merosakkan kulit dan rambut anda tanpa disedari. Bukan hanya semasa bercuti di tepi pantai, malah juga di mana sahaja yang terdedah dengan sinaran UV yang boleh mengakibatkan kulit kering, proses penuaan yang cepat, sunburn dan banyak lagi kesannya terhadap kulit kita.
Eh! ingin berkongsi tip penjagaan kulit dan rambut yang amat penting jika mahu beriadah dan berada di luar lebih kerap.
1. Guna pelembap bibir yang mempunyai SPF sebagai pelindung bibir anda dari kering, menipis dan sun spots kerana kulit luaran bibir kita sangatlah sensitif dengan sinaran UV.
2. Sebelum anda melakukan aktiviti riadah seperti berenang, sikat rambut anda dengan pelindung cahaya matahari untuk melindungi rambut anda dari klorin dan air laut daripada merosakkan rona rambut dan sekaligus membuatkan rambut anda kering.
Gambar: newyorkfamily.com
3. Pakai sandal ketika berjalan di tepi pantai. Elak dari berkaki ayam kerana memakai sandal adalah untuk mengekalkan tapak kaki supaya sentiasa lembut dan memberi oksigen kepada kulit kaki.
Gambar: redmart.com
4. Sapu tisu basah anti-bakteria di bahagian dahi anda setelah memakai topi atau skarf kepala untuk mengelakkan jerawat timbul kerana peluh yang melekat pada kulit dahi mudah mengakibatkan jerawat timbul. Tisu basah antibakteria seperti Dettol sangat berguna untuk menjaga kesihatan dan kebersihan kulit dari bakteria punca penyakit dan jerawat.
Gambar: huffingtonpost.com
5. Untuk lebih pelindungan kulit anda secara menyeluruh, gunakan krim tabir suria dengan SPF yang tinggi agar kulit anda terlindung dari cahaya matahari sepanjang masa berada di luar rumah.
Gambar: healthyfoodhouse.com
6. Betik adalah buah yang baik dalam memberikan nafas baru kepada kulit. Lumat betik yang sudah masak dan sapukan ke atas kulit anda dan biar selama 5 minit kerana ia boleh membuang sel kulit mati dan menjadikan kulit anda dengan lebih lembut dan bersinar.
7. Menurut pakar penjagaan rambut, elak dari menggunakan getah rambut yang mempunyai gelung metal lebih-lebih lagi ketika berenang kerana ia boleh mengakibatkan rambut terbelah dua di bahagian hujung rambut.
Gambar: howtokiss.com
8. Gosok tumit kaki anda dengan batu pumice pengelupas agar sel kulit mati dibahagian keras tapak kaki supaya ia tampak bersih dan mengekalkan kelembutannya.
9. Pakai kaca mata gelap dengan pelindung sinar UV agar mata dilindungi daripada silauan cahaya matahari terik di kala musim panas ini.
10. Banyakkan meminum air sepanjang hari kerana air melembapkan kulit kita. Kekurangan air dalam tubuh badan mengakibatkan kulit tampak kering kusam dek selaran sinaran UV ini.