Gambar: INGimage
Makanan berkhasiat bukan sahaja datang dari bahan-bahan segar dan organik yang boleh didapati di pasaraya. Ramai yang sangka sepapan coklat tidak termasuk dalam makanan berkhasiat ini. Namun sudah ada banyak kajian yang menunjukkan dark chocolate yang manis dan kaya dengan koko ini baik untuk kesihatan berbanding masalah kegemukan yang sering dikaitkan dengannya.
Terbaru, kajian menunjukkan coklat gelap mempunyai kebaikan untuk kardiovaskular dan mengurangkan risiko sakit jantung. Ia juga dikatakan dapat mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian diserang angin ahmar oleh kerana kandungan flavonoids, kompaun antioksidan yang meningkatkan fleksibiliti dalam urat dan pembuluh darah. Namun pastikan pengambilan coklat tidak keterlaluan. Jika selama ini anda sering menolak dek kerana ingin kawal berat badan bila ditawar jamah coklat kini anda boleh tersenyum untuk merasa nikmatnya.
Dan jika anda penggemar coklat pastikan anda juga memilih coklat yang punyai kandungan gula yang rendah dan susu selain faktor kualiti pembikinannya. Royce menampilkan Nama Chocolate – Mild White yang mempunyai rasa yang halus dan ringan diadun dengan krim segar juga kaya dengan coklat putih Nama. Inilah rasa unik dari Hokkaido yang sesuai pada musim perayaan begini. Royce Nama Chocolate kini boleh didapati secara eksklusif sepanjang Julai ini sahaja.