Oleh: Mujahid Saddam
Kuala Lumpur Fashion Week 2014 yang berlangsung pada 18 hingga 22 Jun lalu buat kali keduanya menghimpunkan koleksi hebat ready-to-wear pereka tanah air. Dibarisi mereka yang tidak asing lagi seperti Rizman Ruzaini, Khoon Hooi, Alia Bastamam dan Jovian Mandagie, tahun ini juga menyaksikan jenama baru seperti Quhji dan Haflins yang tampil dengan rekaan inovatif lagi moden bagi memenuhi dan memeriahkan lagi cita rasa fesyen tempatan.
Berlangsung selama lima hari, seramai lebih 70 pereka tampil dengan koleksi tersendiri yang mampu merubah persepi terhadap rekaan tempatan terutamanya ready-to-wear.
EH! menghimpunkan antara rekaan yang akan buat penggemar fesyen tempatan lebih teruja dengan kreativiti yang dipamerkan oleh barisan jenama tanah air kita.
1. Corak, Cetak & Grafik
[soliloquy id="79745"]
Menampilkan corak rekaan yang tersendiri dari corak ikat celup Tsyahmi, permainan grafiti oleh Justin Chew, cetakan emas di Ophelie, Wanpa dengan magis hutan dan fauna, sehinggalah ke corak batik di Iman for Tom Abang Saufi, Rubaq dan Kavita Sidhu.
2. Sportswear
[soliloquy id="79752"]
Ia adalah antara trend terhangat sejak beberapa musim lalu, sportswear juga menjadi taruhan Dude & Duchess dengan percikan rona hijau muda dan Zakwan Anuar dengan cool girl attitude. Manakala For All by William Ooi pula mengangkat helaian sukan yang boleh disuaipadan sebagai pakaian harian.
3. Oxford
[soliloquy id="79753"]
Helaian Oxford yang selalu dianggap sebagai business casual diberi nafas baru oleh pereka seperti Najeeb dan Haflins. Gaya berani dan feminin ditonjolkan dalam himpunan Ezzati Amira dan juga For All by Willian Ooi pabila dipadankan dengan celana besar.
4. Boxy
[soliloquy id="79755"]
Penggunaan bentuk boxy seperti yang ditunjukkan oleh Najeeb menonjolkan gaya tough chic. Manakala lengan boxy pula ternyata menyerlahkan lagi ciri feminin wanita seperti yang terdapat dalam koleksi Amir Luqman, Ophelie, Jonathan Liang dan Zero To Ten.
5. Sexy Glam
[soliloquy id="79756"]
Pelbagai interpretasi seksi ditonjolkan pereka seperti Afiq M, Alia Bastamam, Amir Luqman, Tsyahmi dan Rizman Ruzaini. Pengunaan fabrik jarang serta skirt berbelah menonjolkan sisi seksi serta gaya feminin. Manakala gaun panjang tali halus dengan rekaan minimalis menyerlahkan lagi susuk tubuh badan.
6. Menswear
[soliloquy id="79758"]
Bangkitnya helaian menswear menandakan arus fesyen tanah air melangkah setapak lagi ke hadapan. Joe Chia, Quhji serta Zakwan Anuar masing-masing menyuntik eleman segar terhadap rekaan mereka. Ezzati Amira dan Rizman Ruzaini juga tidak ketinggalan mengambil inspirasi dari menswear untuk rekaan wanita yang diberi sentuhan feminin.