Gambar: INGIMAGE
Mencapai bentuk badan ideal dengan pinggang yang ramping dan pinggul sedikit lebar memerlukan usaha meski ada yang beranggapan ia sesuatu yang mustahil. Dengan rutin latihan yang betul dan diet yang sihat, badan anda boleh menyerupai susuk tubuh bintang filem.
1. Kawal pengambilan kalori dengan cara membandingkan berat badan dan ketinggian anda. Makan hanya karbodinat kompleks, sayur-sayuran, buah-buahan, lebihkan serat dan makanan berprotein tinggi. Elakkan alkohol, gula dan makanan goreng.
2. Makan beberapa hidangan kecil dua atau tiga kali dan elak makan makanan dalam jumlah yang besar. Ini akan memberi masa untuk badan anda memproses dan mencerna makanan sebelum bertukar menjadi lemak.
3. Minum sekurang-kurangnya satu liter air sejuk setiap hari agar dapat membakar kalori dan menyesuaikan diri dengan suhu badan anda. Banyak meminum air juga membantu anda mencerna dengan betul, mengepam lemak dan mengelakkan kembung.
4. Mandi dengan air panas setiap hari. Ini juga akan membantu mengatasi masalah buncit dan menghapuskan cecair berlebihan daripada badan.
5. Brisk walk atau joging sekurang-kurangya setengah jam setiap hari. Senaman kardio juga penting untuk mempercepatkan kadar dengupan jantung bagi membakar kalori. Latihan kardio boleh menguatkan otot dan membentuk badan.
6. Amalkan latihan pengukuhan seperti push-up, bicep dan tricep curls dengan barbells, hammer curls dan bench presses untuk menguatkan dan membentuk lengan dan dada. Namun elak penggunaan pemberat yang keterlaluan supaya bahagian atas tubuh tidak kelihatan besar. Sebaliknya, anda perlu melengkapkan latihan dengan pemberat yang bersesuaian.
7. Lakukan senaman abdomen untuk mendapatkan flatter stomach. Anda boleh mencuba latihan sit-ups yang berbeza supaya mendapat efek berlainan. Lengkapkan tiga hingga enam set dengan lapan hingga 10 kiraan setiap senaman.