Gambar: INGimage
Ada masanya kita menginginkan hidangan manis seperti kek, biskut atau puding. Jadi apa kata anda cuba resipi pencuci mulut yang mudah ini untuk santapan kala anda bersantai.
Gambar: www.browneyedbaker.com
Kek Keju Oreo
Bahan-bahan:
1 pek biskut Oreo
90 gram gula
4 sudu besar tepung gandum
250gram krim keju
1 cawan yogurt
2 biji telur
Cara-cara Penyediaan:
1. Campurkan semua bahan-bahan dalam bekas adunan dan gaul sehingga menjadi krim.
2. Selepas adunan sebati menjadi krim tuangkan ke dalam loyang bersaiz kecil yang sudah di alas dengan kertas minyak ataupun sapu bahagian bawah dalam loyang dengan sedikit mentega agar kek tidak melekat.
3. Susun biskut Oreo mengikut citarasa dan kreativiti anda di atas adunan yang sudah dituang ke dalam loyang tersebut.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 darjah Celsius selama 40 minit.
5. Selepas kek masak, biarkan ia sejuk seketika.
6. Hias permukaan atas kek mengikut citarasa anda dan simpankannya di dalam peti ais kerana hidangan lebih menyegarkan selepas disejukkan.
7. Sedia untuk dihidang.